Keburukan Laman Sosial Untuk Pasangan Yang Ingin Bercinta.

Dengan teknologi yang semakin berkembang, internet hanya boleh di akses dengan hujung jari sahaja. Bukan setakat facebook, instagram dan twitter, malah whatsapp, telegram dan mana-mana laman sesawang untuk mencari jodoh. Setiap applikasi sudah tentu akan membenarkan anda untuk membalas mesej seseorang secara peribadi yang akan menyebabkan timbulnya fitnah atau perasaan syak wasangka.



Tidak dinafikan juga ada di antara mereka yang bernasib baik dapat mencari jodoh di laman sosial dan terus ke jinjang pelamin. Situasi ini akan berlaku jika anda adalah seorang pendiam, tidak suka bekerja dan berjumpa dengan orang ramai, malu untuk berkawan dengan sang jejaka atau telah buntu kerana tiada alternatif lain untuk berkenalan dengan seseorang. Namun ia akan menimbulkan masalah jika anda menyalahgunakan laman sosial media.

1. Berkongsi hal peribadi.

Seperti yang telah dijangka, setiap orang suka atau lebih tertarik jika kita lebih mendedahkan identiti kita sendiri. Setiap perkara ingin dikongsi seperti gambar, hal peribadi termasuk hal keluarga atau kisah silam. Tidak dinafikan ada antara mereka yang mempunyai daya tarikan masing-masing dan cepat serasi. Oleh itu, mereka cenderung untuk berkongsi apa sahaja kerana keserasian mereka. Sebaik-baiknya, elakkan untuk menyebar atau membuka aib sendiri, bimbang si dia akan melarikan diri dan takut untuk mengenal anda dengan lebih rapat. Jika si dia telah berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya, cuba untuk menerima nya dan mengenal ahli keluarga mereka terlebih dahulu.

2. Tidak munasabah.

Setiap manusia mempunyai perangai mereka sendiri. Jika anda baru berkenalan contohnya selama seminggu, elakkan meminta perkara yang tak munasabah atau kebudak-budakan seperti meminta tolong untuk membelikan topup, membelikan barangan secara online,atau meminta nombor akaun bank anda. Apabila terjadinya situasi seperti ini, mereka mungkin cuba untuk mengambil kesempatan atas kesenangan anda, dan dikhuatiri akan viral di sosial media. Bukan setakat itu, ketagihan untuk kemaskini status setiap saat dan setiap minit amat mengjengkelkan jika ia tidak bermotif.


3. Tidak ikhlas.
Tidak semua orang ikhlas untuk berkawan dengan kita di laman sosial. Ada antara mereka hanya untuk mengisi masa lapang, sebagai hiburan atau menyindir orang lain. Jadi berhati-hati untuk mencari kenalan di laman sosial seperti gambar yang tidak sedap mata memandang, misteri atau boleh mengundang spekulasi. Setiap post yang si dia kemaskini pasti diselit dengan hadis-hadis yang tidak pasti kesahihannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen