Tips Nak Pikat Hati Keluarga Pasangan.

Alah, gementarnya nak berjumpa dengan keluarga kekasih buat kali pertama. Ramai di antara kita akan berasa gugup saat pertama kali ingin bersemuka dengan ibu dan bapa si dia. Perasaan itu normal, namun jangan lah anda cepat salah sangka. Itu bukanlah bermakna yang mereka benci atau tidak sukakan anda.



Betullah, mungkin keluarga pihak yang sebelah sana akan mula melahirkan persepsi masing-masing tetapi kami ada beberapa cara bagaimana anda hendak mengambil hati keluarga kekasih hati anda itu. Pasti mereka akan jatuh hati pada anda serta-merta!

1. Tunjukkan Diri.

Syarat pertama, tunjukkan diri. Sebaik sahaja kekasih anda berkata “Family I nak jumpa you”, jangan anda tangguh-tangguh lagi. Cepat-cepat pergi jumpa okay?

Jika anda asyik terus memberikan alasan serta cuba mengelak, mereka akan berasa sangsi dengan anda. Jangan beri peluang langsung kepada mereka untuk membuat tanggapan negatif tentang diri anda.



2. Tahu Apa Yang Hendak Dibualkan.

Setiap keluarga memiliki topik kegemaran mereka, justeru anda yang memegang peranan sebagai orang baru ini haruslah pandai berkira-kira. Salah satu cara paling mudah adalah cuba elak untuk bercerita tentang topik yang tidak munasabah.

Cuba kaji tentang keluarga kekasih anda sebelumm hari pertemuan tersebut. Elak berbicara soal agama atau politik. Kalau ia pun hendak berdebat pasal fahaman politik, tunggu sehingga keluarganya selesa dengan anda terlebih dahulu.

3. Jangan Menyampuk.

Inilah masa yang terbaik untuk keluarganya mengenali anda sehabis baik. Oleh itu, apa sahaja soalan yang diajukan kepada anda, cuba relaks dan jawab dengan tenang. Yup! Dengan cara yang paling berhemah sekali okay?

Jika ada sebarang soalan yang agak sensitif diajukan kepada anda, jelaskan bahawa anda belum bersedia untuk membincangkan tentang perkara itu. Cuba tolak dengan lembut. Jangan pula anda bangkit dan cuba menyampuk sambil marah-marah. Ini kan pertemuan pertama…

4. Terima Nasihat Mereka Dengan Akur.

Biasalah orang tua-tua ini banyak karenahnya. Maklumlah, mereka telah makan garam dahulu daripada kita yang muda ini. Pastilah anda akan dihujani dengan pelbagai jenis nasihat yang…. mungkin agak sukar untuk diterima.

Tapi ingat, sifat hormat kena anda. Meskipun ia merupakan nasihat yang berbunyi kata-kata memerli mahupun sesuatu yang buat anda terasa hati, terima sahajalah dengan hati yang akur sambil diselangi ucapan terima kasih. Jangan pula anda menjeling atau ‘buat muka’ dihadapan mereka nanti. Anda mahu mereka terima anda ke tidak?



5. Berborak Tentang Minat Yang Sama.

Cuba korek tentang minat keluarganya terlebih dahulu. Bincang ini bersama teman lelaki atau teman wanita anda. Mana tahu jika anda dan keluarganya mempunyai minat yang sama. Jadi mudahlah untuk berborak akan hal-hal yang ada persamaan nanti! Pasti lebih selesa.

6. Jadi Ramah.

Meskipun anda malu, janganlah terlalu berdiam diri ketika sedang meluangkan masa bersama keluarganya. Nanti mereka bilang anda sombong pula.

Cuba bangkitkan beberapa pertanyaan, tunjukkan yang anda betul-betul berminat untuk mengenali hati budi keluarganya. Jika susah sangat, cuba kaitkan situasi dengan cerita tentang pengalaman anda sewatu masih kecil dahulu. Jangan pula anda asyik fokus bermain telefon pintar anda itu. Kita ini di rumah orang, jadi tunjukkan rasa hormat dan jangan bertindak biadab.

7. Berpakaian Sopan.

Tak perlulah anda memakai pakaian yang terlalu formal. Cukup sekadar memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata. Jika anda tidak pasti, cuba bertanya kepada kekasih anda itu, bagaimana keluarganya selalu berpakaian. Sudah tentulah kekasih anda itu mahu anda tampil sempurna kala berhadapan dengan keluarganya nanti betul tak?

8. Jangan Gedik!

Penulis sedar yang kita ini hidup dalam zaman moden. Tapi itu bukanlah tiket untuk anda berperangai tidak senonoh di hadapan ibu dan bapanya. Jangan pula anda mengada-ngada ingin berpelukan, berpegangan tangan atau bercubit-cubitan di hadapan keluarganya. Ya, walaupun secara sorok-sorok. Nanti apa pula yang mereka fikir. Mesti mereka akan beranggapan yang anda ini terlalu murah.

Tidak salah untuk menunjukkan betapa cintanya anda pada pasangan anda itu, tetapi janganlah berlebih-lebihan. Tunjukkan rasa sayang dalam keadaan yang sopan dan masih terkawal.

9. Tawar Diri Untuk Menolong.

Memanglah anda tetamu, tetapi tidak rugi rasanya jika anda menawar diri untuk turut membantu menyiapkan meja atau juadah. Sekurang-kurangnya, mereka akan nampak yang anda ini rajin dan tidak perlu disuruh. Dalam masa yang sama, anda pasti berasa lebih dekat seperti keluarganya sendiri nanti. Yang akan mendapat pujiannya anda juga nanti kan…



10. Luangkan Lebih Banyak Masa.

Lebih lama keluarga mereka kenal anda, lebih sukalah mereka kepada anda nanti. Oleh itu, cuba cari masa untuk mengajak keluarga melepak sekali dengan anda dan pasangan. Pasti seronok.

Sebagai contoh, anda boleh anjurkan majlis makan kecil-kecilan hanya untuk anda berdua dan keluarganya. Ini akan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan anda bersama keluarganya. Apabila dah selesa dan sering kali bertemu, mereka pasti memberi ‘lampu hijau’ untuk anaknya memperisterikan atau mempersuamikan anda.

Sedikit sebanyak, ini adalah langkah pertama yang harus anda tempuh sebelum masuk ke alam perkahwinan. Jika anda mengahwini si dia, bermakna anda juga telah bersetuju untuk berkahwin dengan jiwanya, keluarganya, masalahnya, kekurangnya dan bukan sahaja fizikalnya semata-mata.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen