Jangan Malu Jadi Single Sehingga Berjumpa Seseorang Yang Tepat. Biar Lambat Asal Bahagia!

Bila tengok orang lain berpasangan, pasti kita pernah berasa cemburu dengan mereka, bukan? Tetapi, kita tetap memilih untuk single kerana pengalaman lalu. Tidak mengapa. Anda tahu yang terbaik untuk diri anda, dan teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang seperti di bawah ini:

1. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang ingin memperkenalkan anda dengan ibu bapanya.

2. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang sanggup mengetepikan segala-galanya untuk ada di sisi anda apabila anda memerlukannya.



3. Seseorang yang akan berkata, "mesej bila dah sampai rumah," dan tunggu sehingga anda benar-benar sudah tiba di rumah.

4. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang dapat perkenalkan dengan bangga kepada ayah anda.

5. Seseorang yang tidak cuba untuk mengubah anda.



6. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang tidak menyentuh anda.

7. Teruskan jadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang berpegang pada janjinya.



8. Seseorang yang tahu untuk meminta maaf apabila telah melakukan kesilapan.

9. Seseorang yang menceriakan anda apabila anda berasa tertekan.

10. Teruskan jadi single sehingga anda bertemu dengan seseorang yang membuatkan anda berasa ingin menjadi orang yang lebih baik.

11. Seseorang yang memberikan anda motivasi untuk anda lebih mencapai sesuatu dan menjadi yang lebih baik.

12. Seseorang yang yakin dengan dirinya dan masa depannya bersama-sama dengan anda.



13. Teruskan menjadi single sehingga anda berjumpa dengan seseorang yang tidak pernah berhenti dalam mencuba memiliki anda.

14. Kerana dia tahu tidak sukar untuk memiliki anda tetapi sentiasa memberikan sebab untuk anda kekal bersama.

15. Sementara belum berjumpa si dia, teruskan menjadi single dan berasa gembira dengan apa yang anda sedang lakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen