Ingat Semula Segala Pengorbanan, Penghargaan Dan Penerimaan Yang Dilakukan Oleh Pasangan Kita.

Lumrah apabila hidup berumahtangga, betullah kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Dibawah ada menyenaraikan beberapa perkara yang perlu dielakkan suami isteri apabila berdepan dengan konflik perselisihan faham. Moga ianya bermanfaat untuk anda melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan tercinta.



1. Ceraikan saya. 

Ini adalah perkataan ‘keramat’ yang selalu dilepaskan para isteri ketika berhadapan dengan pertelingkahan dengan si suami. Seeloknya, moleklah jika bertenang, menarik nafas sedalamnya agar emosi yang dipendam itu lenyap seketika. Ingat, kerana satu perkataan ini sahaja mampu membuatkan anda menyesal seumur hidup.

2. Saya tak marah.

Selalunya perkataan yang keluar dari mulut adalah tidak sama dengan kelakuan dan gerak geri kita. Jika mulut katakan tidak marah pada pasangan, mengapa menghempas pintu dengan kuat sekali. Jangan nafikan apa yang anda rasai sebolehnya katakanlah anda sedang marah terhadap pasangan agar pasangan tahu.

3. Awak ni kan macam ayah/mak awak jugak.

Elakkan untuk memperlekehkan atau mempertikaikan pasangan anda dengan menyatakan dia seperti ibu atau bapanya. Amat dibimbangi kata-kata ini akan membuatkan pasangan berasa ‘down’ tertekan dan lebih teruk lagi pasangan anda akan mengadu pada ibu bapanya, siapa tahu.



4. Awak ni.. (diikuti kata-kata kutukan).

Memang dalam kehidupan berumah tangga, pasti ada pasangan yang bersikap masih lagi terbawak -bawak sikapnya ketika bujang dahulu. Ini sering kali berlaku pada golongan suami kerana masih lagi mempunyai sifat malas seperti lewat bangun tidur, tidak letakkan baju kotor di tempat sepatutnya pastinya mengundang rasa ketidakpuashatian si siteri. Ada sesetengah isteri yang kerap membanding-bandingkan suami orang lain dengan suami mereka. Memuji suami rakan yang jauh lebih baik dari suami mereka mengundang rasa tidak selesa dikalangan suami. “Awak ni tak macam suami liza tu…”

Bukan sahaja menyakitkan hati si suami, malah suami berasa tidak dihargai. Atasilah dengan komunikasi yang baik, bagi perhatian dan teguran secara berhemah. Jangan mulakan dengan membandingkan suami dengan orang lain.

5. Tengok anak-anak dah nangis.

Seringkali menyalahkan pasangan dengan menuduh suamilah punca perbalahan hingga anak-anak yang melihat takut dan menangis. Amaran! Jangan sesekali bergaduh di depan anak-anak. Elakkan perkara ini berlaku.

6. Awak selalu saja lambat, tak pernah nak tolong.

Kata-kata ini menggambarkan bahawa anda sama sekali tidak yakin dengan kemampuan isteri/suami dalam segala hal. Sering kali merendah-rendah kemampuan yang pasangan ingin tunjukkan dan langsung tidak memberi semngat kepadanya untuk berubah menjadi lebih baik. Ubah persepsi ini, sabar dan menerima kekurangan pasangan, jadikanlah kelemahan yang ada pada pasangan sebagai kekuatan untuk dirinya lebih berusaha untuk berubah ke arah kebaikan.



7. Semua ini salah awak.

Apabila pertelagahn berlaku, seringkali kita lihat suami/isteri akan menyalahkan pasangan masing- masing. Daripada kita sibuk menyalahkan kesalahan pasangan, apakah lebih baik kaji dan lihat sendiri kesalahan diri. Kadangkala seringkali tidak mengaku kesalahan diri adalah punca utama konflik rumahtangga.

8. Awak tak sayangkan saya lagi.

Situasi ini kerap berlaku pada si isteri. Merasakan diri tidak dihargai dan seringkali berasa suami tidak lagi endahkan dirinya. Jangan begitu, jangan menuduh suami dengan ungkapan sedemikian, mungkin cara suami menunjukkan rasa sayang terhadap isteri adalah dengan cara yang kita seringkali tidak sedar.

9 Patutlah orang asyik ingatkan saya pasal ini tentang awak.

Setelah anda melafazkan untuk menerima sebagai isteri/suami dalam hidup anda, jangan sesekali merasa menyseal diatas pilihan itu. Itulah jodoh anda yang telah ditetapkan olehNya. Terimalah segala kekurangan yang ada pada pasangan. Mengapa perlu lagi dengar cakap-cakap orang tentang pasangan anda. Dan jangan tunjukkan kekesalan memilih dirinya sebagai pasangan hidup.Mengapa perlu libatkan orang lain dalam konflik rumahtangga anda?

Seeloknya berbincanglah dengan rasional, jangan bawa emosi ketika berbincang. Jika terlalu marah moleklah jika suami keluar terlebih dahulu kerana dengan cara itu si isteri akan berasa lebih tenang. Ingat semula segala pengorbanan, penghargaan dan penerimaan yang dilakukan oleh pasangan kita. Jika berjauhan walau seketika dengan pasangan anda, pasti akan timbul bibit-bibit kerinduan terhadap pasangan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen