Tanya 45 Soalan Ini Sebelum Kahwin Untuk Pastikan Anda Tak Tersalah Pilih

Walaupun ramai orang yang selalu anggap perkahwinan sebagai kemuncak cinta setelah sekian lama berkenalan, sebenarnya terdapat banyak lagi sebab seseorang menerima perkahwinan. Ada yang kahwin sebab cinta, ada yang berkahwin sebab ditekan oleh orang tua, ada yang berkahwin sebab harta, ada yang kahwin sebab keturunan, ada yang kahwin sebab sunyi, ada yang berkahwin sebab rasa usia dah lanjut, dan macam-macam lagi. Apa pun sebab anda, anda harus sedar yang perkahwinan adalah komitmen sepanjang hidup, jadi pemilihan pasangan yang betul adalah urusan serius. Pastikan anda pilih dengan sebaiknya supaya tak menyesal di kemudian hari. Nah kami senaraikan 45 soalan anda perlu tanya pada calon pasangan untuk bantu anda buat keputusan dengan bijak:

1. Apa makna perkahwinan bagi anda?

2. Pernahkan anda berkahwin sebelum ini?

3. Anda pernah bercinta sebelum ini?

4. Jika ya, bagaimana hubungan tersebut berakhir?

5. Kenapa anda pilih saya sebagai calon pasangan?

6. Apa yang anda harapkan dari sebuah perkahwinan?

7. Apa rancangan hidup anda, di jangka masa dekat dan jauh?

8. Apa prinsip hidup anda?

9. Apa peranan agama dalam hidup anda?

10. Dari mana anda selalu belajar tentang agama?

11. Apa yang anda harapkan dari pasangan hidup anda dari segi agama?

12. Didikan agama yang bagaimana yang anda boleh berikan pada pasangan anda?

13. Apa peranan seorang isteri?

14. Apa peranan seorang suami?

15. Apa hobi anda di masa lapang?

16. Bagaimana cara anda buat keputusan dalam hidup?

17. Bila ada konflik dalam rumahtangga, bagaimana cara anda selesaikannya?

18. Bagaimana cara anda lepaskan kemarahan?

19. Bagaimana cara anda mahu pasangan anda lepaskan kemarahan?

20. Apa yang anda akan lakukan bila anda marah?

21. Selalunya, berapa lama masa yang anda ambil sebelum perasaan anda reda?

22. Apa pekerjaan ibu bapa anda?

23. Bagaimana hubungan anda dengan ibu bapa anda?

24. Bagaimana hubungan anda dengan adik beradik anda?

25. Sekerap mana anda bertemu dengan keluarga anda?

26. Bila berkumpul, apa aktiviti yang biasanya dilakukan bersama?

27. Di mana anda dibesarkan?

28. Anda ada berapa orang kawan rapat?

29. Sejauh mana hubungan anda dengan mereka?

30. Sekerap mana anda berjumpa dengan mereka?

31. Anda ada apa-apa penyakit?

32. Bagaimana cara anda jaga kesihatan?

33. Sejauh mana anda mahu kaya?

34. Bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang?

35. Selain diri sendiri, siapa yang anda tanggung dari segi kewangan?

36. Bagaimana cara anda menghabiskan wang anda?

37. Bagaimana cara anda menyimpan wang anda?

38. Bagaimana cara anda akan uruskan hal kewangan keluarga?

39. Ada ada hutang? Dari mana? (Termasuk hutang kereta, PTPTN, pinjam wang ibu untuk baiki kereta atau pinjam duit kawan untuk makan)

40. Jika ada, apa yang anda sedang lakukan untuk membayar hutang-hutang tersebut?

41. Apa tanggungjawab kewangan anda dalam sebuah perkahwinan?

42. Apa yang anda harapkan dari pasangan anda dari segi kewangan?

43. Anda lebih suka isteri yang bekerjaya atau surirumah?

44. Kalau anda mahu isteri yang bekerjaya, bagaimana cara keluarga yang ada dua sumber pendapatan patut uruskan kewangan?

45. Apa cara terbaik untuk mendidik anak-anak?

Jika masih belum bertemu jodoh, mari daftar di Baituljannah.com

Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha untuk mencari? Mungkin jua anda buntu di mana, bagaimana. Sudah ramai pasangan yang bertemu jodoh di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, mari daftar di Baituljannah.com dan bina profil anda sekarang. Jadi salah seorang daripada mereka yang sudah mendaftar. Siapa yang tahu, mungkin anda akan bertemu jodoh di Baituljannah.com. Bina profil anda di Baituljannah.com sekarang juga. 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen