15 Ciri Lelaki Gentleman Dambaan Wanita.

Untuk menjadikan anda seorang yang gentleman, tidak perlu tampil seksi atau berpakaian kemas siap berkot dan bertali leher. Menjadi seorang yang gentleman bukanlah suatu isu yang besar. Apa yang penting adalah sikap, perlakuan dan bagaimana pembawakan diri anda dalam kelompok masyarakat atau dihadapan cinta hati anda. Adakah anda menepati citarasanya dan mempunyai ciri-ciri sebagai seorang gentleman sejati?



Kami senaraikan 15 ciri-ciri atau personaliti dan bagaimana tampil sebagai seorang lelaki yang gentleman dan didambakan oleh kaum wanita. Cuba semak sama ada anda memenuhi kriteria-kriteria ‘idaman‘ tersebut atau tidak.

15 Ciri Anda Seorang Lelaki Gentleman.

1. Saat si dia kesunyian atau sedang dalam kesedihan dan inginkan kehadiran anda menemaninya, anda dengan rela hati akan tetap berada menemani di sisinya.

2. Si dia juga menyukai anda kerana dia juga tahu bahawa anda benar-benar menyukainya kerana perasaan cinta dan sayang. Anda mencintainya setulus hati dan bukan menjadikan si dia sekadar mengisi kesunyian hati, mengambil kesempatan atau mempergunakannya untuk mendapatkan sesuatu.

3. Anda sentiasa menyokong dan berusaha menjadikan kehidupannya lebih teratur dan sempurna seperti seorang wanita yang bahagia.



4. Si dia jarang berleter atau mengungkit sesuatu sekiranya berasa tidak puas hati terhadap perlakuan anda. Anda mampu bersabar atas beberapa perkara dan memujukknya kerana anda tahu apa yang menjadi keperluan dan perhatian yang dia inginkan.

5. Anda tidak sewenang-wenangnya bercerita mengenai kisah lampau anda bersama bekas kekasih, melainkan jika ditanya. Jika diminta untuk berterus-terang, sudah tentu anda menggunakan perkataan yang berlapik demi menjaga hati si dia daripada terguris.

6. Si dia sentiasa merasa selamat dan selesa apabila anda berada di sisinya kerana anda berperanan sebagai ‘bodyguard’ dan mengambil berat tentang banyak perkara.

7. Si dia jarang tertunggu-tunggu terlalu lama semata-mata anda membalas mesejnya. Walau sesibuk mana atau anda bukanlah seorang yang gemar ‘texting’, anda pasti akan membalasnya walaupun sekadar ayat pendek kerana tidak akan membuatkan si dia menunggu balasan dari anda selama berjam-jam.

8. Anda menjadikan hari-hari si dia lebih bahagia bersama. Dia tak pernah bosan dengan anda walaupun menjalani kehidupan biasa setiap hari, kerana anda menghargai dan meluangkan masa yang ada sepenuhnya bersama-sama.

9. Si dia bangga tidak kekok atau segan untuk membawa anda berjumpa dan mendekati ahli keluarga mahupun teman-temannya. Ini kerana anda seorang yang matang, pandai bergaul dan membawa diri ketika berhadapan dengan orang tua atau rakan sebaya.



10. Anda mampu menjadi seorang pendengar yang baik dan tahu menyimpan rahsia anda berdua daripada pengetahuan sesiapa, walaupun rakan baiknya sendiri.

11. Anda tidak takut pada komitmen. Jika ada sebarang masalah yang timbul dalam hubungan, anda bukanlah seorang yang cepat melatah malah sentiasa bersikap rasional, tenang dan steady. Setiap masalah anda dan si dia dapat hadapi dan tanganinya bersama.

12. Apabila kawan baik si dia putus cinta, si dia mampu meyakinkannya rakannya bahawa dia akan mendapat seseorang yang lebih baik, seperti apa yang dia miliki hari ini. Beruntungnya anda.

13. Anda sentiasa bersikap toleransi dan memberikan layanan yang terbaik buat si dia walaupun pada perkara-perkara kecil seperti tolong bukakan pintu, menunggu dan memerhatikan si dia melintas jalan atau menghantarnya pulang agar si dia berada dalam keadaan selamat.

14. Anda mudah rasa tersinggung dan cemburu jika dapat tahu ada lelaki lain yang cuba untuk memikat buah hati anda apatah lagi jika ada seseorang yang cuba melakukan sesuatu perkara yang tidak baik. Raut wajah anda pasti bertukar dan akan berhadapan dengan orang tersebut.

15. Si dia tahu anda boleh menerima kelemahan dan kesilapan anda. Begitu juga anda yang dapat menerima segala kelemahan dan kekurangan si dia. Anda berdua sentiasa bersama saling menyokong dan bertolak ansur di kala waktu susah dan senang. Anda dan si dia saling melengkapi antara satu sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen