5 Sebab Ini Punca Anda Single Sampai Bila-Bila!

Umur dah nak masuk 30-an tapi masih lagi single. Mak dah sibuk tanya bila nak bawak balik calon menantu.

Mesti ramai yang kena hadap soalan cepumas ni. Ramai di antara anda yang masih single diluar sana. Mesti korang tertanya-tanya apa puncanya? Ini antara punca anda akan single sampai bila-bila!



1. Sikap terlalu memilih sampai tak masuk dek akal.

Setiap orang ada citarasa masing-masing. Tapi kalau pilihan hati nak yang cantik macam model, hensem macam pelakon Korea memang susah la. Sampai bila-bila anda membujang!

2. Pemikiran tidak terbuka & tak nak cuba perkara baru.

Disebabkan citarasa anda tak masuk akal tu, anda tak nak cuba untuk mulakan hubungan dengan calon yang sedia ada. Tak berani nak cuba benda baru. Takkan la umur dah 30 baru nak cuba?



3. Hidup seperti katak di bawah tempurung.

Kalau anda jenis duduk rumah dan tak bergaul memang anda akan forever alone. Pergi kerja lepas tu balik. Di pejabat pun hanya buat kerja je dan tak bersosial dengan rakan pejabat. Memang tak ada life orang macam ni.

4. Anda takut untuk mencintai kerana takut terluka.

Setiap percintaan ada pahit manis. Jika anda takut untuk kecewa, sampai bila-bila anda tak akan belajar. Beri peluang pada diri sendiri untuk mencintai dan di cintai. Bukan semua lelaki/wanita tak setia.

5. Anda ada masalah isu kepercayaan melampau.

Dalam percintaan kepercayaan sangat penting. Ramai yang pernah kecewa, takut untuk beri kepercayaan kepada orang lain. Dek kerana bekas kekasih pernah curang, terus tak berani nak bercinta lagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen