8 Sebab Pasangan Suka Travel Lebih Matang. Anda Bagaimana?

Ramai kita tengok pasangan sekarang ini suka pergi travel. Kadang-kadang rasa 'jeles' tengok momen mereka. Yelah ke sana ke sini, bersama orang yang tersayang pula tu. Tahukah kamu, pasangan yang suka pergi travel ni mempunyai hubungan yang lebih erat berbanding pasangan yang lain? Jawapannya di sini.



1. Percaya.

Apabila pasangan bersama-sama di tempat asing, inilah peluang untuk mereka mengenali 'diri mereka' yang sebenar dengan lebih dekat dan saling percaya antara satu sama lain. Melihat dunia luar membuatkan mereka saling bergantung antara satu sama lain, lantas membangunkan rasa percaya yang tinggi.

2. Hormat kelemahan dan kekuatan masing-masing.

Bila nak pergi travel, tentu banyak persediaan yang diperlukan sebelum dan sewaktu perjalanan. Di sinilah mereka belajar untuk menggunakan kekuatan dan mengatasi kelemahan pasangan. Contoh, pasangan yang berani akan memberi moral support kepada pasangan yang ingin memcuba sesuatu yang baru, menyimpan barangan pasangan yang cepat pelupa dan banyak lagi.



3. Romantik.

Mengembara bersama, mandi air terjun, melihat bintang di langit atau pun melihat matahari terbenam, makan malam bersama, namakan apa saja aktiviti, kamu akan menjadi orang yang paling romantik di mata pasangan.

4. Belajar berkongsi tanggungjawab.

Tentu kamu membahagikan tugasan dan tanggungjawab supaya dapat meringankan beban masing-masing. Melalui cara ini, kamu dapat menjadikan pengembaraan lebih menyeronokkan dan mudah. Hal ini pasti akan menjadi kebiasaan dan diaplikasi dalam hubungan kamu dalam rumah tangga.



5. Rasa selesa antara satu sama lain.

Selain dapat tengok perangai yang sebenar, kamu dapat melihat diri 'sebenar' pasangan yang keluar dari kehidupan yang formal. Melihat 'muka busuk' waktu bangun pagi, tak gosok gigi atau kehabisan sabun, minyak wangi, masa inilah untuk kamu luangkan bersama dia dengan selesa.

6. Berkongsi minat yang sama.

Siapa yang tak suka travel kan? Selain hobi yang lain, tentunya travel 'minat' yang paling mudah dan paling sernok untuk dikongsikan bersama pasangan. Apatah lagi jika kamu dan pasangan seorang food lover, tentu banyak tempat dan makanan yang nak kamu redah sepanjang perjalanan nanti.

7. Ada untuk satu sama lain.

Walaupun di tengah-tengah sekumpulan orang yang tidak dikenali, kamu masih mempunyai antara satu sama lain. Tidak kira di mana kamu berada, kamu sentiasa mempunyai satu sama lain untuk membuat kamu merasa diterima dan disayangi. Sweet kan?

8. Menghargai masa bersama.

Kamu akan menghargai setiap detik bersama-sama. Menunggu bas selama 12 jam boleh berakhir perasaan seperti lima minit. Bahkan masa dirasakan berlalu dengan pantas dan tak pernah puas walaupun 24 jam dan 7 hari bersama si dia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen