Walau Tidak Mampu Mengecap Kebahagiaan, Jangan Pernah Minta Maaf Kerana Jatuh Cinta.

Ungkapan maaf sering kali diucap apabila kamu benar-benar dirundung rasa bersalah atau setelah melakukan sesuatu perkara yang memalukan diri sendiri di hadapan orang lain.



Namun, terdapat beberapa perkara yang kamu lakukan tidak perlu di susuli dengan perkataan maaf, malah ia adalah wajar untuk kamu lakukan tanpa perlu rasa bersalah pada diri. REMAJA ingin mengupas tentang tiga perkara yang biasanya menjadikan wanita sering kali merasakan bahawa dia telah melakukan kesalahan, lalu meminta maaf.

1. Menangis di panggung wayang.

Adakah kamu pernah menitiskan air mata di hadapan individu yang tidak dikenali kerana menonton filem yang sangat menyentuh hati, lalu meminta maaf kerana menganggap telah memalukan diri sendiri dengan menangis di khalayak ramai?

Nah, jangan begitu. Seorang ahli psikologi, Elizabeth Lombardo menjelaskan bahawa kamu tidak perlu merasa bersalah, jika dengan cara menangis dapat meluahkan apa yang dirasai oleh kamu. Kamu juga tidak perlu menahan perasaan itu hanya kerana merasa malu jika dilihat oleh orang lain.



2. Menolak ajakan untuk keluar dating.

Lombardo juga berkata bahawa kamu tidak perlu rasa bersalah kerana telah menolak ajakan daripada orang lain. Kamu tidak memiliki kewajiban untuk meluangkan masa hanya kerana cuba untuk bersikap baik. Cubalah untuk menolak dengan sopan agar dapat menghilangkan rasa bersalah itu.

3. Jatuh cinta.

Jatuh cinta adalah perasaan yang paling indah tetapi ia juga mungkin boleh bertukar kepada satu perasaan yang paling buruk apabila kamu tidak mendapatkan balasan cinta daripada orang yang kamu suka.



Namun begitu, walaupun jatuh cinta boleh menimbulkan pelbagai reaksi pada diri kamu, jangan pernah meminta maaf jika kamu merasakan perasaan itu. Kamu tidak boleh menentukan takdir dengan siapa kamu akan jatuh cinta. Jadi, jangan pernah rasa menyesal jika kamu telah jatuh cinta, walaupun tidak mampu untuk mengecap bahagia dengannya.

Tidak dinafikan kaum wanita merupakan golongan yang sensitif dan berhati lembut. Mereka bisa menangis dengan hal-hal yang tampak meremehkan tetapi bagi mereka ia sesuatu yang berat untuk ditanggung.

So, selepas ini tiada lagi alasan untuk kamu merasa bersalah dengan perkara-perkara yang telah disebut tadi ya. Cheer up girls. Just enjoy your life.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen