5 Cara Melupakan Cinta Yang Bertepuk Sebelah Tangan.

“Berkecai seribu hati aku ni bila dapat tahu Arif hanya anggap aku kawan biasa sahaja sedangkan aku letak dia di tempat teristimewa dalam hati. Sakit dan peritnya hati ni. Rupanya sekadar cinta yang bertepuk sebelah tangan. Aku kena lupakan Arif sekarang juga dan buang rasa sayang yang ada. Mampukah aku?”



Bila melibatkan soal hati, memang susah. Tahu-tahu pula hanya kita yang beriya-iya, rupanya dia tidak mencintai kita! Inilah namanya cinta yang bertepuk sebelah tangan. Bukan mudah untuk lupakan seseorang yang sudah lama bertakhta dalam hati. Terasa gelap dunia. Sebab itu tidak hairanlah ada yang ambil jalan mudah dengan membunuh diri sendiri apabila cinta tidak berbalas!

Usah ambil langkah mudah sebegitu. Sewajarnya, berusaha mencari jalan untuk melupakan si dia.



5 Cara Melupakan Cinta Yang Bertepuk Sebelah Tangan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk melupakan seseorang itu adalah dengan:

1. Terima hakikat.

Bukan mudah untuk terima kenyataan bahawa si dia tidak sukakan anda seperti mana anda menyukainya. Namun kita perlu menyedari hakikat cinta yang bertepuk sebelah tangan ini biasanya tidak akan ke mana.

Perkara pertama yang kita perlu lakukan adalah menerima kenyataan ini dengan redha. Kalau ada rezeki, adalah. Yang penting, beri ruang dan masa untuk merawat luka di hati.

2. Luahkan rasa, jangan pendamkan.

Jika terasa mahu menangis, luahkan sahaja dan elak pendamkannya. Buatlah apa semahunya – pergi bercuti, balik kampung, keluar dengan kawan-kawan, atau apa saja yang dapat membantu anda melupakannya asalkan tidak melanggar syariat dan tidak berlebih-lebihan.

Jika anda tidak selesa bercerita dengan sesiapa, tuliskan perasaan anda di atas sehelai kertas. Apabila selesai, anda akan rasa lega dan lebih bersemangat mencipta azam untuk melupakannya.



3. Buang semua mesej atau gambar.

Kadang-kadang ramai yang terperangkap dengan istilah ‘teman tapi mesra’. Mana tidaknya, kita dilayan bagai teman istimewa apabila sering keluar bersama, diberi hadiah, dan sering pula dibawa pula berjumpa keluarga si dia.

Rupanya, mereka menganggap kita ‘hanya kawan’ dan tidak lebih daripada itu. Jika anda benar-benar mahu melupakan cinta kepada si dia, anda perlu membuang semua memori lama dan mulakan yang baru.

‘Delete’ semua mesej yang anda selalu baca semula dan gambar yang selalu ditengok daripada telefon anda.

4. Elak bertemu dengan si dia.

Hati anda memerlukan masa untuk dirawat. Ambillah sebanyak mana masa yang anda perlu untuk menjauhkan diri daripadanya. Sebaiknya cuba elakkan dari berjumpa atau mencari-cari si dia. Ini untuk beri anda peluang melupakannya.



5. Jangan salahkan sesiapa.

Urusan cinta memang sukar kerana ia melibatkan hati. Hati yang tak boleh dipaksa. Hati yang punya rasa berbeza. Jadi, ramai yang cenderung melahirkan perasaan malu, bodoh, atau geram kerana terlalu mudah jatuh cinta. Ada yang sampai fobia untuk bercinta dan berkenalan dengan sesiapa lagi selepas itu. Jika si dia tidak sukakan anda, usahlah menyalah diri sendiri mahupun si dia kerana tidak mempunyai rasa yang sama dengan anda.

Hidup mesti diteruskan.

Bukan mudah meneruskan hidup setelah menyedari hakikat cinta yang bertepuk sebelah tangan. Namun ia perlu juga dilakukan demi untuk diri sendiri. Buat apa mengenang orang lain yang tiada perasaan pada kita, lebih baik teruskan hidup, betul tak?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen