5 Tanda Anda Sudah Melupakan Bekas Kekasih. Baca Sini!

Bagi sesetengah orang adalah sukar untuk melupakan si dia apabila sudah berpisah. Sebagai seorang wanita yang kuat anda tentu tahu bahawa anda tidak boleh membiarkan kesedihan mengawal kehidupan anda.



Berikut adalah 5 tanda yang akan mengesahkan anda akhirnya betul-betul telah melupakan atau tiada rasa cinta lagi pada bekas kekasih serta menunjukkan tanda anda telah MOVE ON!

1. Anda langsung tidak merasa apa-apa apabila melihat si dia bersama wanita lain.

Anda tidak lagi merasa menyampah atau jelik melihat update si dia di media sosial (ini pun jika anda masih berkawan dengannya). Apabila perasaan benci atau cinta digantikan dengan sikap tidak peduli dan sikap acuh tak acuh, ia menunjukkan bahawa dia kembali menjadi orang yang tidak dikenali untuk anda.



2. Anda tidak keberatan menjadi rakannya kembali.

Anda telah mencapai tahap di mana anda langsung tidak merasa apa-apa perasaan atau permusuhan dengannya dan tidak keberatan untuk berinteraksi dalam talian atau menjadi kawan semula. Atau paling mudah anda sudah move on!

3. Anda telah kembali aktif berkawan atau berkenalan dengan orang lain.

Tanda yang paling menonjol setelah move on adalah anda mula mencari pasangan baru. Walaubagaimanapun, jangan gunakan ini sebagai muslihat untuk rebound atau saja membuatkan bekas kekasih cemburu kerana anda bakal sakitkan hati pasangan baru anda.



4. Anda tidak mengelak pergi ke tempat yang ada memori kenangan bersama.

Mungkin selepas berpisah, masing-masing mengelak untuk pergi ke tempat yang menjadi kenangan bersama si dia. Kononnya takutlah kalau-kalau mengimbau kembali kenangan manis bersama. Tetapi kalau anda sudah move on, anda tak kisah pun untuk pergi ke semua tempat walaupun ia memberi kenangan buruk buat anda. Anda telah menyedari kenapa anda harus berhenti hidup gembira hanya kerana seorang manusia seperti dia.

5. Anda tidak lagi mengharapkan perdamaian.

Pertunjuk terbesar setelah move on daripada hubungan yang gagal adalah anda tidak lagi terbuka atau berharap untuk berdamai atau kembali kepada bekas kekasih. Anda juga tidak akan menunggu di telefon dan menjangkakan dia akan menghantar mesej atau menelefon dan meminta anda kembali semula. Sekarang anda telah menjadi lebih rasional, praktikal dan realistik.

Dah jelas? Lepas ni tak perlu kalau ‘bertembung’ dengan si dia terus kelam-kabut nak lari. Be Cool. Be Relax.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen