Faktor Asas Dalam Perkahwinan, Bakal Pengantin Wajib Khatam.

Memandangkan kelengkapan ajaran Islam dalam menjamin kesejahteraan rumah tangga, keturunan dan keselamatan umat, maka syariat Islam telah mengadakan beberapa peraturan hukum perkahwinan agar manusia tidak akan tergelincir ke dalam kerosakan dan kehancuran kerana sudah menjadi fardhu ain terhadap orang Islam yang mengaku dirinya Islam wajib mempelajari hukum-hukum Allah termasuk dalam urusan perkahwinan. Namun, apalah erti sebuah perkahwinan andai tiada kebahagiaan dan ketenangan padanya.



Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diasaskan dalam perkahwinan bagi mengecapi kebahagiaan. Antaranya:

Perkahwinan hendaklah diasaskan dengan rasa taqwa kepada Allah.

Taqwa adalah suatu sifat yang sering diperkatakan, namun cukup kuat dalam segala urusan kehidupan kita. Ia adalah seperti alat perhubungan antara kita dengan Allah. Tanpa taqwa, dikhuatiri perkahwinan itu tidak akan mencapai kepada matlamatnya, tambahan pula berkahwin merupakan ibadat dan sunnah.



Perkahwinan hendaklah juga diasaskan kepada rasa 'Mawaddah wa Rahmah'.

Mawaddah bererti cinta manakala Rahmah bererti kasih sayang. Kedua-dua sifat ini perlu ada dalam sebuah perkahwinan. Tanpa kedua-dua perkara ini, sebuah perkahwinan itu seolah-olah kosong dan meletakkan ia kepada suatu situasi yang merbahaya dibimbangi boleh membawa kepada perceraian.

Perkahwinan juga perlu berasaskan kepada amanah dan tanggungjawab.

Amanah dan tangungjawab juga merupakan perkara asas yang wajib ada dalam perkahwinan bukan kahwin untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata. Suatu amanah hendaklah ditunaikan dengan sebaik-baiknya, sementara tanggungjawab dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen