‘Orang Ketiga’ Perosak Rumah Tangga Boleh Didakwa & Dipenjara.

Orang ketiga yang mengganggu kebahagiaan rumah tangga pasanagan suami isteri sehingga membawa perceraian boleh dikenakan tindakan undang-undang kerana ia satu kesalahan jenayah. Sehingga kini, semua jabatan negeri sudah mempunyai undang-undang ini dan semua pihak boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan bersama bukti kukuh, lapor Harian Metro.



Statistik perceraian meningkat setiap tahun dan sebahagian daripadanya adalah berpunca daripada orang ketiga.

“Undang-undang ini sudah ada tetapi tidak dikuatkuasakan. Mungkin orang awam tidak tahu mengenai undang-undang itu atau bukti yang lemah menyebabkan pendakwaan tidak dapat diteruskan,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Suami atau isteri yang menjadi mangsa perceraian disebabkan wujud campur tanggan atau gangguan pihak ketiga dinasihatkan supaya membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam negeri.



Tambahnya lagi, orang ketiga ini terdiri daripada sesiapa saja yang bertanggungjawab meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga.

Pihak yang menjadi mangsa perlu menyimpan dan menyerahkan apa saja bukti seperti SMS, sebarang kiriman pesanan sama ada melalui telefon, laman sosial, bukti bergambar kepada pihak penguatkuasa agama untuk siasatan.

Mengikut Seksyen 36, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, ‘orang ketiga’ tersebut boleh dipenjara tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen