7 Sikap Yang Membuatkan Ibu Bapa Berat Hati Melepaskan Anak Mereka Berkahwin.

Ramai orang sangat teruja dan tak sabar ingin berkahwin. Mereka tidak sabar untuk upacara akad nikah, tampak cantik dan segak di hari perkahwinan, duduk dirumah sendiri bersama pasangan yang dicintai. Namun mereka lupa tentang kehidupan harian sebuah perkahwinan dan keluarga yang akan dikemudi oleh mereka kelak. Atas faktor ini ada sesetengah ibu bapa yang berasa berat hati untuk melepaskan anak mereka berkahwin berdasarkan 7 sikap anak mereka ini.



1. Bangun tengahari.

Apabila bangun pun sudah tengahari, berapa banyak sangat aktiviti harian yang dapat diselesaikan? Masa bulan Ramadhan pula, bangun sahur punyalah liat walau dikejut berkali-kali. Kadang-kadang sehinggakan terlepas waktu sahur. Bangun dah tengahari terus puasa. Kalau anak mereka berkahwin dengan perangai begini, memang payahlah anak mereka nak mendidik bakal cucu-cucu mereka berlatih puasa kelak. Kehidupan manusia yang normal bermula pada pukul 6.00 pagi setiap hari. Tidak kira samada tidur lewat atau awal, seorang yang bersikap matang dan bertanggungjawab tetap akan memulakan aktiviti kehidupan mereka pada pukul 6.00 pagi.

2. Tidak pandai mengurus masa.

Allah memperuntukkan masa 24 jam sehari untuk kita semua. Sepanjang 24 jam, terdapat pelbagai perkara yang perlu diselesaikan. Namun, ada sesetengah orang, biarpun usia telah menginjak 25 tahun dan sedang berada di alam pekerjaan, masih gagal mendisiplinkan masa. Ada sesetengah orang yang bila buat sesuatu kerja sampaikan mengabaikan perkara yang lain. Jika anak mereka berkahwin dengan perangai begini, bagaimana mereka hendak menguruskan bakal cucu-cucu mereka kelak disamping perlu menguruskan hal pasangan dan diri sendiri. Sedia maklum, anak kecil yang sedang membesar memang memerlukan perhatian. Bagaimana jadinya hidup anak mereka nanti bila tidak tahu membahagikan masa mengikut urutan aktiviti yang betul iaitu yang mana harus diutamakan mengikut kepentingan. Takut porak-peranda jadinya.



3. Masih belum pandai mengurus rumahtangga.

Urusan rumahtangga ini luas. Namun, sekiranya buat sarapan untuk diri sendiri pun tidak pernah, baju sendiri pun melambak-lambak tak berbasuh dan tak berlipat, bila di dapur pula tercacak-cacak tidak pandai mencari tugas, mentol lampu terbakar pun malas nak tukar, kipas angin pun semacam 3 tahun tak cuci…. Hurmm… Alahai… hati ibu bapa manalah yang tidak susah hati nak melepaskan anaknya berkahwin biarpun anak lelaki nya berkeinginan untuk berkahwin atau anak perempuannya telah pun menerima ‘hint’ lamaran dari calon pasangan. Fikir 1000 kali nak lepaskan kahwin atau tidak. Risau rasanya.

4. Tidak pandai mengawal perasaan.

Pantang silap sikit walaupun untuk hal-hal kecil sebagai contoh, ditegur suruh lap elok-elok air manis yang tumpah di lantai agar tidak melekit, pun akan jadi melenting atau tarik muka. Wahai anak, kehidupan berkahwin itu banyak sangat tugasnya. Walaubagaimanapun ianya tetap akan indah apabila kedua-dua pasangan pandai mengawal perasaan dan bertolak ansur. Jika anak mereka berkahwin dengan perangai begini, dikhuatiri basuh berak bakal cucu mereka pun boleh menjadi suatu pergaduhan suami isteri kelak. Kurang harmoni jadinya rumahtangga anak mereka.



5. Tidak bertanggungjawab, lalai dan cuai.

- Si anak apabila menggoreng ikan di dapur, dibiarkannya ikan di atas kuali lalu dia keluar dari dapur menonton televisyen. Sedar-sedar dah bau hangus jer sampai ke ruang tamu. Pergi dapur, berasap dapur dan ikan pun memang dah hangus.

- Si anak apabila keluar dari rumah, pintu rumah dibiarkannya tidak berkunci. Difikirannya hanya tahu nak cepat sahaja ke tempat aktivitinya yang dah terlambat tu. Tak difikirkan pulak dia dengan keselamatan rumahnya yang dibiarkan tidak berkunci.
Jika ada sifat ini atau yang seangkatan dengannya, memang susah hatilah ibu bapa nak melepaskan anak mereka berkahwin. Kacau bilau jadinya rumah tangga bila hal-hal sekecil ini pun lalai dan cuai yang menampakkan anak-anak mereka ini kurang bertanggungjawab.

6. Kerjaya dan kewangan belum stabil.

Memanglah kerjaya dan wang tidak boleh membeli hati budi pasangan sejati yang sanggup menemani dan menjaga anak mereka seumur hidup walau apa jua keadaan sekalipun. Namun, wang penting agar kehidupan lebih selesa. Kerjaya yang disandang juga boleh mencerminkan serba sedikit corak kehidupan. Segala kelengkapan asas dalam kehidupan seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal semuanya memerlukan wang. Justeru, ibu bapa manalah yang tak bimbang jika anaknya tidak kiralah samada lelaki atau perempuan ingin berkahwin pada masa kerjaya dan kewangan masih belum stabil. Paling membimbangkan andai ditakdirkan bakal cucu yang berpenyakit kerana faktor wang dan masa amat diperlukan untuk menganggung kos perubatan dan memastikan kesihatan cucu terbela.



7. Agama tunggang langgang.

Agama adalah yang paling asas sekali dalam kehidupan. Andai kata solat lima waktu yang wajib pun selalu sahaja tidak cukup, nak mendengar ceramah agama atau usrah pun jauh sekali, sudah ternyata nampak macam ttidak layak anak mereka untuk berkahwin dan menjadi pemimpin dan pembantu pemimpin dalam sebuah keluarga kelak.

Kesimpulan.

Itulah dia 7 sikap anak yang membuatkan ibu bapa rasa berat hati untuk melepaskan anak mereka berkahwin. Wahai ibu bapa, tidak perlu risau untuk melepaskan mereka kerana ramai orang berkata dengan perkahwinan rezeki akan melimpah dan dengan perkahwinan manusia cenderung untuk berubah dan lebih bertanggungjawab. Si anak pula, ubahlah sikap dari sekarang dan buktikan kepada ibubapa anda yang anda juga mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri dan ibu bapa sama seperti ibu bapa anda juga.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen