Cinta Nafsu-Cinta Sebelum Nikah.

Persoalan CINTA adalah satu persoalan yang tidak dapat tidak, pasti timbul dalam fasa kehidupan kita sebagai manusia. Kesannya terhadap diri dan kehidupan seseorang yang bergelar insan adalah terlalu besar impaknya, terutama bagi anak-anak yang sedang menginjak dewasa, yang baru bertatih mengenal bagaimana rasanya CINTA. Kuasa dan powernya CINTA, terlalu hebat untuk kita menidakkan haknya dalam hidup kita seharian.



Oleh itu, mengenalinya adalah sangat penting untuk kita mengurusi dan menanganinya sebelum CINTA itu bisa menguasai kita, dan kita lemas di dalamnya.

Maksud cinta dari kamus Dewan:

1. Perasaan dan berperasaan sayangkan sesuatu.

2. Perasaan dan berperasaan berahikan sesuatu.

3. Perasaan dan berperasaan risau, bimbang, dukacitakan sesuatu.

MasyaAllah, begitulah hebatnya C I N T A. Segala bentuk perasaan terangkum dalam satu kalimat ‘CINTA’.



Hebatnya cinta.

Dengan CINTA, manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan kuasa CINTA, manusia akan berusaha sedaya upaya untuk membuktikan pada yang dicintai, betapa dia berupaya untuk melakukan apa saja.

Aku Hebat. Aku Boleh. Aku Tak Kurangnya.
Begitulah penangan CINTA.
Kata-kata pujangga dalam syair dan lagu, banyak membawa mesej seumpama ini. Lihat saja contoh dari Amy Search dengan lagunya Fantasia Bulan Madu;

Demi cintaku padamu
Ke mana pun kau kan ku bawa
Ke hujung dunia ke bintang Kejora….

Demi cintaku pada mu
Ku korbankan jiwa dan raga
Biarpun harus ku telan, lautan bara….
Percayakah kita pada bait-bait lagu tersebut? Siapakah yang sanggup menelan ‘lautan bara’, bila walau seketul pun cuma, kita tidak rela menggenggamnya? Tetapi, itulah semangatnya CINTA. Itulah gambaran ‘The Power of Love’.



Manusia berkuasa dengan cinta, bila dicintai.

Orang yang dicintai akan merasa dia berkuasa atas si dia yang menyintainya, lalu, situasi itu akan dimanipulasinya mengikut kehendak dan nafsunya sendiri.

Manakala manusia menjadi hamba kerana cinta, bila sudah terlalu menyintai, mabuk, asyik dan overdose dengan CINTA sehingga lupa diri, menuruti kehendak orang yang dicintai secara membuta tuli.

Benar sekali pepatah Arab yang berbunyi;

“Seseorang itu menjadi hamba kepada apa atau siapa yang dicintainya”

Maka jadilah yang berkuasa meminta apa sahaja, kerana merasa diri amat berharga, lalu seringkali yang berlaku adalah penyalahgunaan kuasa tersebut.

Dan jadilah yang menyintai sebagai hamba yang sanggup berbuat apa saja, memberi dan menggadai apa jua, demi kerana CINTA, ikut semahunya umpama lembu yang dicucuk hidung.

Begitulah hebatnya kuasa CINTA!

Cuba kita renungi..

Korban pertama dalam sejarah manusia adalah gara-gara CINTA, dalam kisah putera-putera Nabi Adam a.s, Qabil dan Habil…..

Subhanallah! Begitulah hebatnya THE POWER of LOVE!

Taj Mahal, lambang cinta Shah Jehan terhadap isterinya Mumtaz…

Maka salahkah CINTA itu? Kalau ya, kenapa ia wujud? Kalau tidak, apakah yang sepatutnya? Kemanakah sebenarnya yang patut kita salurkan perasaan cinta ini?

Ketahuilah wahai anak-anakku.

CINTA itu tidak bersalah. CINTA itu adalah anugerah Allah swt. Nabi Adam a.s yang tinggal di syurga yang penuh dengan segala nikmat yang tidak terjangkau dek akal kita untuk membayangkannya, tetap sunyi tanpa CINTA. Lalu Allah yang Maha Mencipta, lagi Maha mengetahui, menjadikan Hawa, ibunda kita, buat teman Nabi Adam di syurga, bersama perasaan CINTA antara mereka.

Nah! CINTA yang lahir di syurga antara Adam dan Hawa, CINTA yang penuh dengan KUASA, kenapa tidak kita gunakan saja ‘alat’ yang begitu powerful, bernama CINTA untuk kita kembali berakhir ke syurga? Gunakan alat itu untuk membawa kita dan orang yang kita cintai, menuju Mardhatillah, keredhaan Allah, yang akan menempatkan kita ke destinasi akhir, sebuah Syurga…?

Pulangkan semula kepada yang Maha Kuasa, kerana Dialah yang paling layak untuk berkuasa, dan Allah swt tidak akan sekali-kali menyalahgunakan kuasa tersebut. Dan kita akan menjadi Pencinta kepada yang Maha Berkuasa, yang akan merasai diri menjadi sebenar-benar hamba kepada Dia. Barulah hidup lebih bahagia.



Sebenar-benar bahagia bila CINTA itu diletakkan pada tempatnya.

Persoalannya sekarang, bila kita meletakkan rasa cinta itu pada Allah, adakah bererti kita tidak boleh bercinta sesama manusia? Berdosakah kita bila kita menyintai manusia lain, selain Allah yang Maha Kuasa tadi?

Jangan kita kelirukan diri dalam persoalan ini.

Cinta sesama manusia itu adalah fitrah, sebagaimana Nabi Adam a.s kesunyian tanpa CINTA, kerana itulah Allah menganugerahkan kita perasaan cinta menyintai sesama manusia, bisa merasa tenang dan damai bersama dia yang kita cinta, kerana manusia tidak akan betah tanpa CINTA. Manusia bukan manusia tanpa CINTA. Manusia bukan robot tanpa perasaan.

Cumanya, kita perlu pastikan,

Kita cintakan sesuatu/ seseorang itu kerana Allah!

Islam benar-benar menghargai CINTA – dek kerana powerful nya CINTA, maka cinta itu hanyalah alat untuk kita capai REDHA Allah swt. Bagaimana?

Meletakkan CINTAkan Allah itu didepan segala jenis CINTA dalam hidup kita. Cintakan ibu bapa, kerana Allah, Cintakan anak-anak kerana Allah, Cintakan suami isteri kerana Allah,Cintakan saudara kerana Allah, Cintakan harta dan tanah air juga kerana Allah. Bererti mendahulukan HAK Allah sebelum memikirkan hak-hak yang lain.

Menjaga segala batas-batas ketetapan Allah dalam tindak tanduk kita, kita ikut dan taat pada yang lain kerana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah. Kita marahkan yang kita cinta kerana Allah mahu kita marah bila yang dicintai melanggar HAK Allah, kita menegur kesilapan yang kita cinta, kerana Allah mahu kita menegurnya, dan kita membiar yang kita cinta juga kerana Allah mengizinkannya.Segala-galanya berpaksikan pada neraca Allah swt, bukan kita atau mereka yang kita cinta. Itu dia, meletakkan CINTA Allah di depan segalanya.

Kalau pun, mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, biarlah kerana Allah, InsyaAllah, ianya berbaloi

Lalu, bolehkah kita berCINTA sebelum nikah? Adakah dalam Islam, istilah bercinta sebelum nikah?

Anak-anak yang dikasihi,

Cinta sebelum nikah adalah cinta nafsu. Nafsu yang sentiasa mengajak kita pada kesenangan dan kelalaian yang merosakkan, yang hanya akan mengundang parah, dan tiada istilah cinta seperti itu dalam Islam, kerana mudaratnya yang terlalu besar dek besarnya kuasa CINTA, maka sayugianyalah kita

MENJAUHI CINTA TERLARANG SEBELUM NIKAH INI KERANA ALLAH SWT JUA.

Jauhi Cinta Nafsu, cinta terlarang sebelum nikah kerana Allah, demi untuk mengejar cinta hakiki, CINTA Suci yang abadi, yang akan membawa mereka yang menyintai dan di cintai menuju ke Syurga Ilahi.

Wallahu’alam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen