Checklist Wajib Ada, Untuk Persiapan Bakal Pengantin.

Persediaan awal dan rapi dalam merencanakan majlis perkahwinan buat pasangan merupakan perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum berlangsungnya sebuah majlis bahagia. Kesibukan dalam mengatur perjalanan menjelang hari bahagia kadangkala merunsingkan hingga pasangan terlupa akan beberapa perkara penting. Segalanya harus berjalan seperti yang dirancang sebelum majlis berlangsung dan pastikan tiada apa yang terlepas daripada pandangan mata. Nah, kami hadiahkan anda wedding checklist agar tiada perkara penting yang terlepas pandang dalam menguruskan persiapan menjelang hari bahagia anda.

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊   Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi
◊   Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang
◊   Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan bertandang
◊   Tetapkan tema majlis
◊   Anggarkan jumlah tetamu dan menyenaraikan nama tetamu
◊   Rancang atur cara majlis
◊   Uruskan bajet
◊   Hubungi kasi dan pejabat agama
◊   Hubungi saksi pernikahan
◊   Pilih tempat kursus kahwin
◊   Tempah lokasi majlis perkahwinan
◊   Upah perunding majlis perkahwinan
◊   Pilih juruandam
◊   Pilih pengapit serta rakan pengiring
◊   Pilih katerer
◊   Pilih jurufoto dan juruvideo
◊   Pilih cincin pernikahan
◊   Pilih rekaan kek perkahwinan
◊   Bincang rekaan busana perkahwinan
◊   Dapatkan barang untuk hantaran
◊   Rancang tempat tinggal setelah berkahwin



5 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊  Himpunkan senarai tetamu
◊  Tempah baju majlis pernikahan dan persandingan
◊  Tempah tiket ke destinasi bulan madu
◊  Tempah juruandam
◊  Tempah deejay atau pengacara majlis
◊  Tempah katerer
◊  Tempah jurufoto dan juruvideo
◊  Tempahan kek
◊  Tempahan gubahan hantaran
◊  Buat pemeriksaan kesihatan (HIV)

 

4 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊   Pilih dan tempah kad jemputan
◊   Beli cincin perkahwinan
◊   Beli cenderahati untuk tetamu
◊   Tinjau lokasi majlis
◊   Bayar deposit (jika perlu)

 

3 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊   Serahkan borang permohonan perkahwinan
◊   Sediakan tugasan untuk ahli keluarga
◊   Sahkan tempahan pakej juruandam
◊   Sahkan tempahan deejay dan pengacara majlis
◊   Sahkan pakej jurufoto dan juruvideo
◊   Sahkan tempahan kek perkahwinan
◊   Serahkan barang hantaran kepada penggubah
◊   Buat temu janji bersama katerer
◊   Buat tempahan spa atau rawatan muka dan badan
◊   Pilih studio untuk mengambil gambar pra perkahwinan
◊   Tuliskan nama tetamu pada kad jemputan
◊   Mula membungkus cenderahati untuk tetamu

 

2 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊  Hubungi Jabatan Agama Islam Negeri
◊  Pos kad jemputan kepada tetamu
◊  Bincang atur cara majlis
◊  Mengaturkan sesi acara pra-perkahwinan
◊  Rancang kedudukan ketika majlis

 

1 BULAN SEBELUM MAJLIS

◊  Bincang senarai tugasan bersama keluarga
◊  Membuat rawatan spa atau rawatan muka dan badan
◊  Mencuba busana yang telah ditempah
◊  Memastikan keperluan majlis sudah dibeli atau disewa
◊  Menyediakan hiasan meja

 

2 MINGGU SEBELUM MAJLIS

◊  Menyerahkan permohonan cuti kepada majikan
◊  Sahkan jumlah tetamu yang hadir
◊  Sahkan percutian bulan madu
◊  Sediakan wang pembayaran untuk jurunikah dan saksi
◊  Mengambil busana perkahwinan
◊  Sahkan semua perkhidmatan ketika majlis
◊  Mulakan kerja-kerja menghias
◊  Buat rawatan spa atau rawatan muka dan badan yang terakhir

 

1 HARI SEBELUM MAJLIS

◊   Pastikan semua barang yang ditempah sudah tersedia
◊   Pastikan kerja-kerja akhir disiapkan
◊   Pakai inai di jari
◊   Rehat dan tidur secukupnya
◊   Bersedia untuk hari bahagia anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen