3 Hikmah Bercinta Selepas Kahwin.

Kahwin. Satu proses penyatuan dua hati dengan melalui beberapa proses yang bersistematik. Menurut pandangan Islam, ‘nikah’ adalah akad yang menghalalkan di antara lelaki dan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap daripada mereka hak dan tanggungjawab. Pada zaman yang serba moden lagi canggih ini, kebanyakan mereka yang ingin berkahwin memilih untuk bercinta dengan pasangan mereka sebelum mereka mengikat hubungan mereka dengan ikatan nikah. Tidak ramai yang mahu bercinta selepas bernikah. Kita dimomokkan dengan andaian-andaian buruk seperti ‘boleh hadirkah perasaan cinta tersebut?’ dan ‘bagaimana pula jika perasaan tersebut tidak hadir selepas nikah?’



Hikmah 1 – Tiada rasa bersalah.

‘Cinta’ itu sendiri adalah abstrak. ‘Cinta’ boleh ditafsirkan sebagai cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan sebagainya. Sebagai seorang muslim dan muslimah, kita semua pasti tahu bahawa hubungan cinta antara sepasang kekasih tanpa ikatan sah adalah dilarang sama sekali jika melibatkan sentuhan fizikal. Islam menekankan bahawa haram bagi seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan yang bukan mahramnya. Larangan ini sangat keras sehinggakan baginda Muhammad s.a.w menegaskan bahawa

Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi, sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.

Maksud hadith, dari riwayat Thabrani:

Dengan bercinta selepas bernikah, pasangan tersebut boleh mengenali antara satu sama lain tanpa terhalang oleh batas-batas yang ketat. Perkara ini sama sekali tidak akan dapat dirasai oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin.



Hikmah 2 – Senang menzahirkan rasa cinta.

Ini adalah sesuatu perkara yang amat sukar untuk dipercayai melainkan kita sendiri melaluinya. Setiap pasangan akan melalui saat di mana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang belum bernikah, ujian tersebut akan menyebabkan mereka tidak tenteram dari perasaan negatif. Masih adakah cinta? Adakah dia setia? Mana buktinya? Masalah-masalah sebegini dapat diatasi oleh mereka yang bercinta sebelum berkahwin dengan mudah kerana tiada batasan untuk mereka menzahirkan rasa cinta mereka. Tidak ada halangan untuk mereka saling menzahirkan rasa cinta melalui kata-kata ataupun sentuhan. Berbeza pula dengan mereka yang bercinta tanpa ada ikatan yang sah, hubungan antara mereka berdua dibatasi oleh syarak dan menyukarkan kedua-dua pihak dalam menyelesaikan pertengkaran yang ada.

Hikmah 3 – Proses berkenalan tanpa batasan.

Sesiapa yang pernah bercinta pasti akan mengakui bahawa transaksi daripada proses ‘berkenalan’ kepada ‘percintaan’ merupakan satu fasa yang sangat indah sekali. Banyak bait-bait lagu dan puisi-puisi yang mengungkapkan betapa manisnya fasa ini. Bayangkan anda berada di fasa ini, tetapi tiada batasan yang menyekat pergaulan anda dan kekasih anda. Mahu berjumpa? Terus sahaja jumpa, tidak perlu bersusah-payah. Mahu memeluk kekasih anda? Peluk sahaja, tiada dosa di atas anda, malah diberi ganjaran pahala! Inilah satu hikmah yang besar jika kita bercinta selepas berkahwin; ianya khusus untuk mereka yang memilih jalan ini.

Apakah ada lagi fasa yang lebih indah di dalam percintaan kita selain dari fasa pertukaran dari berkenalan ke percintaan?



Konklusi.

Bercinta selepas berkahwin merupakan sesuatu perkara yang sangat indah lagi seronok. Penulis sendiri adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah S.W.T. untuk bercinta selepas berkahwin. Pengalaman tersebut adalah satu pengalaman indah yang tidak mungkin dapat dikongsikan 100% melalui penulisan. Namun begitu, ini bukanlah berpendapat bahawa bercinta sebelum berkahwin itu salah. Tiada masalah jika mana-mana pihak mahu bercinta sebelum berkahwin asalkan mengikut batas syarak yang dibenarkan dan kedua-dua pihak yang terlibat mempunya matlamat yang jelas; bernikah. Yakinlah, bahawa perasaan cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita selepas bernikah. Cinta selepas nikah itu indah; semoga percintaan kita semua diberkati Allah sebagaimana Dia memberkati percintaan di antara para Rasul-Nya dan isteri-isteri mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen