Anda Ragu-Ragu Tentang Perhubugan? Ini Adalah 5 Perkara Sebagai Bukti Cinta Lelaki Akan Kekal Bersama Wanita.

Berada dalam perhubungan adalah satu komitmen yang setiap manusia ingin kan di dalam kehidupan. Ini adalah realiti yang memang kita tidak dapat nafikan. Boleh dikatakan kewajipan berada dalam perhubungan ini adalah seperti kewajipan diri kita untuk makan dan minum setiap hari untuk hidup.



Tetapi apa yang kita perlukan sebenarnya di dalam perhubungan. Toleransi, kerjasama, kesetiaan dan pelbagai lagi. Ini semua adalah faktor-faktor yang penting bagi mereka di dalam perhubungan untuk mengekalkan rasa cinta antara si polan dan si polan.

Kami hari ini ingin berkongsi kepada anda 5 perkara yang sekiranya lelaki lakukan, ia adalah bukti bahawa cinta si dia pada diri anda akan bekekalan.

1. Seorang lelaki yang berpegang pada janjinya.

Sifat lelaki ini, mereka memang panjang akalnya. Jika dia tidak dapat mengotakan sesuatu janji nya, dia akan cakap berpusing-pusing untuk meloloskan dirinya daripada bersalah. Tetapi jika anda dapat lelaki sentiasa menunaikan janjinya malah akan mengaku kesalahannya jika gagal dalam perjanjian, anda memang seorang yang beruntung.



2. Lelaki itu sentiasa menghormati keluarga dan juga rakan-rakan anda.

Jika anda berjumpa dengan lelaki yang sentiasa menghormati ahli keluarga anda dan juga kawan-kawan anda, pegang lah beliau. Kerana kebiasaaan nya, lelaki ini ada banyak perkara yang bermain di fikiran beliau. Kadang-kadang mereka senang untuk meluahkan kata-kata buruk terhadap sesuatu.

Tetapi jika si dia itu dapat mnjaga dirinya daripada terkeluar kata-kata buruk terhadap ahli keluarga dan rakan-rakan anda. Anda memang seorang yang beruntung. Memang senang nak tahan lapar, tetapi nak tahan mulut memang kerja yang susah.

3. Lelaki itu tidak berasa cemburu, malah sentiasa rasa bangga kerana dapat berkongsi hidup dengan anda.

Bila kita nak cantik sikit, mulalah si lelaki ini fikir macam-macam. Biasalah, hakikat seorang wanita itu, sentiasa ingin kelihatan cantik, itu adalah lumrah ciptaan tuhan terhadap wanita. Tetapi jika seorang lelaki itu sentiasa menghargai dan memuji anda bahawa anda seorang yang cantik, walaupun anda rasa tidak, jagalah diri si dia itu elok-elok, bukan senang nak dengar lelaki memuji.



4. lelaki itu lebih rela meluangkan masa dengan anda lebih daripada rakan-rakan beliau.

Tak salah jika lelaki anda ingin melepak dengan rakan-rakannya. tetapi janganlah sampai menepikan anda. Sehingga mereka rasa, melepak dengan teman-teman dia lebih menyeronokkan daripada meluangkan masa bersama anda. Dan anda juga janganlah terlalu mengongkong, bertoleransi lah sedikit. Jika dia seronok lepak bersama teman-temannya, ikutlah juga si dia lepak bersama. Sekali-sekala tidak apa.

5. Lelaki itu sanggup menepikan kerjanya buat sementara waktu untuk mendengar luahan anda.

Ini memang jarang kita jumpa. Lelaki ini kalau dah seronok dengan apa yang di lakukannya pada masa itu, memang dia tidak akan fokus untuk mendengar luahan hati anda.

Contoh paling senang, lelaki anda sedang asyik main Dota 2, dan anda ada sesuatu yang penting ingin di kongsikan bersamanya, 90% daripada lelaki akan suruh anda menceritakannya kemudian, kerana game lebih penting daripada cerita anda pada masa itu.

Kalau anda jumpa lelaki yang sanggup berhenti seketika apa yang mereka lakukan, semata-mata untuk mendengar luahan anda. Memang anda sudah berjumpa dengan calon atau suami yang terbaik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen