Maksud Diam Bagi Seorang Wanita.

Wanita adalah seorang insan yang sangat istimewa. Betapa gagahnya fizikal seorang lelaki, gagah lagi hati seorang wanita. Wanita gagah apabila melibatkan perkara-perkara yang melibatkan emosi dan perasaan. Kadangkala semasa mereka bergembira pun boleh menitiskan air mata, apa lagi jika sedang bersedih. Oleh sebab itu, kadangkala lelaki sukar untuk mentafsirkan maksud sebenar emosi seorang wanita. Bagaimana pula jika wanita menunjukkan reaksi diam membisu sahaja? Apakah maksud ekspresi diam bagi seorang wanita?



Diam bagi seorang wanita menunjukkan pelbagai maksud yang berbeza. Sama ada lelaki mengambil kisah atau tidak tentang perkara ini, sebenarnya lelaki memang perlu mengambil tahu. Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah isterinya. Perjalanan rumah tangga kadangkala ada pasang dan surutnya. Untuk mencapai kebahagian, kita perlu sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada dan sentiasa berusaha ke arah itu. Tiada perkara yang mustahil walaupun jika melibatkan perkara-perkara yang mistik. Sentiasa ada jalan yang terbaik.



Bagaimana cara untuk lelaki memahami maksud diam bagi seorang wanita?

Contohnya apabila lelaki pulang ke rumah dari tempat kerja, isteri langsung tidak berkata sepatah apapun. Contoh lagi apabila lelaki menghantar pesanan ringkas, teman wanitanya diam tanpa bicara. Kalau lelaki tidak ambil kisah, itu tandanya lelaki jenis tidak ada perasaan. Terdapat beberapa maksud diam bagi seorang wanita yang menggambarkan perasaannya ketika itu. Bergantung kepada situasi, apabila wanita sedang tidur, jangan pula lelaki tanya, "kenapa kamu diam?". Lihat wajahnya, tindakannya, gerak gerinya, nadanya, semuanya bermaksud sesuatu.

Marah - Diam ni yang paling bahaya, menunggu masa untuk meletup, kadang-kadang makan masa sehari atau juga bertahun-tahun. Jika berterusan wanita dalam keadaan ini, cepat-cepat lelaki selesaikannya.

Penat/Letih - Wanita kalau letih pun dia boleh diam juga, malas nak bercakap. Semua maklum wanita memang kuat bekerja. Jika tidak pada waktu bekerja pun, dia akan bekerja juga. Memasak, mengemas, melayan anak-anak.



Berfikir - Wanita kalau berfikir memang diam seribu bahasa. Lebih-lebih lagi kalau dia fikir tentang hal suaminya. Kalau kita boleh nampak wiring dalam kepala wanita pasti kita gerun. Lelaki lebih simple, tetapi wanita amat teliti semasa melakukan kerja.

Benci - Jika dia tidak sukakan seseorang yang sedang berada dihadapannya, ekspresi wajahnya terlalu menonjol. Jika tidak percaya cubalah. Bawa isteri atau teman wanita kemana-mana dan pandanglah orang lain yang berada di sekeliling kamu.

Pasrah/Memendam Perasaan - Marah atau benci sekalipun wanita akan menahan hatinya semampu yang boleh. Itulah kekuatannya. Hanya tangisan yang mengalir di pipi. Sukar lelaki hendak memahaminya tetapi Allah telah berikannya keistimewaan untuk bertahan dalam hidup lebih hebat berbanding lelaki.

Menstrual Pain - Yang ini tidak perlulah dihuraikan lagi. Setiap wanita memang pasti mengalaminya. Bezanya tahap kesakitan yang dihadapinya. Kalau wanita yang tidak pernah kena menstrual pain ni, lebih baik lelaki periksa jantinanya terlebih dahulu sebelum menikahinya.



Mahukan sesuatu - Bila bawa jalan-jalan kalau tiba-tiba diam sahaja mesti ada sesuatu yang diinginkannya. Kadangkala mereka diam kerana mereka tahu suami atau teman lelakinya tidak mampu.

Untuk memahami wanita yang berada dalam keadaan diam, lebih baik tanya sendiri apa masalahnya. Jangan diabaikan, kadang kala wanita cuma perlukan perhatian sahaja. Dia tidak perlukan kamu untuk membantunya. Cukup sekadar mendengar dan memberi perhatian kepadanya. Bagi yang belum berkahwin, agak keterlaluan jika meminta perhatian yang lebih-lebih, kerana belum tentu dia akan menjadi pasangan hidup kamu. Jadi jangan buang masa terlalu memberi perhatian kepada teman wanita.

Walauapapun sebabnya wanita diam membisu, ekspresi wajah wanita mudah untuk dinilai kerana wanita sering memperlihatkan perasaannya melalui wajahnya. Jadi jangan bohong dengan suami jika ditanya ada apa-apa masalah atau tidak. Hal ini kerana dengan perubahan kecil pada ekspresi wajah seorang wanita boleh menceritakan apa perasaannya pada ketika itu.

Wallahu a’lam bish-shawabi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen