Ciri-Ciri Perempuan Yang Comel.

Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa seseorang perempuan itu comel atau tidak? Perempuan comel boleh dikatakan seorang perempuan berpesonaliti menarik dengan cara yang cantik. Ciri-ciri perempuan yang comel tidak sama dengan ciri-ciri perempuan gedik seperti yang telah saya tuliskan sebelum ini. Tentunya menjadi persoalan kepada anda tentang apakah perempuan comel itu bermakna perempuan cantik atau adakah perempuan comel itu semestinya seorang perempuan perlu memiliki wajah yang cantik?



Secara fizikalnya, seorang perempuan dikategorikan sebagai cantik adalah berpandukan paras rupa wajahnya. Kebiasaannya, seorang perempuan dipersetujui sebagai cantik oleh lelaki kerana paras wajahnya telah berjaya menarik perhatian mata lelaki. Sekali pandang sahaja sudah memadai untuk mengatakan bahawa seorang perempuan itu cantik. Kemana sahaja dia pergi, pasti menjadi tumpuan mata lelaki. Jadi bagaimana pula dengan perempuan yang comel?

Seperti yang saya sebutkan di atas, perempuan comel adalah seorang perempuan berpesonaliti menarik dengan cara yang cantik. Tambahan pula, kecomelannya berjaya menarik perhatian lelaki juga. Perempuan cantik tidak semestinya comel. Perempuan comel pula tidak semestinya cantik. Comel dalam bahasa Inggeris adalah Cute. Perkataan Cute kerap kali digunakan dalam perbualan masyarakat alaf baru berbanding generasi terdahulu. Jarang benar kita mendengar ibu dan bapa dahulu menyebut "Cute betul budak itu" tetapi mereka lebih menyebut "Comel betul budak itu". Oleh kerana kedua-duanya adalah membawa maksud yang sama, jadi saya akan menggunakan perkataan comel supaya lebih menjiwai utamakan bahasa kebangsaan.



Ciri-ciri perempuan yang comel mengundang gambaran yang berbeza. Sebagai contoh dalam salah satu artikel yang saya baca, dalam artikel tersebut membezakan bagaimana seseorang itu memberi respons terhadap cute, sexy, pretty, beautiful. Cute mendapat respon Aww!, Sexy pula Rawr!, dan Pretty adalah Hai, boleh saya bercakap dengan kamu sebentar manakala beautiful pula adalah tiada respons tetapi hanya pandangan. Oleh itu, dapatlah kita bayangkan betapa ciri-ciri perempuan yang comel adalah berbeza dengan ciri-ciri yang lainnya. Saya menambah satu lagi respons terhadap perempuan gedik iaitu Uwekk! Meluat aku!. Di bawah ini saya senarai ciri-ciri perempuan yang comel untuk sama-sama kita cermin diri di cermin sama ada anda tersenarai dalam ciri-ciri perempuan yang comel atau pun tidak.

1. Suka bergurau senda dan tidak bersikap serius.

- Sukar untuk melihat perempuan comel bersikap serius. Sesekali mungkin serius tetapi kebanyakkan masanya diiringi senyum, gurau senda dan hilai tawa. Oleh sebab itu, orang perempuan comel menjadi penawar kepada duka dan sikapnya itu membuatkan suasana sekeliling sentiasa riuh rendah. Perlu diingatkan perempuan comel bukan semestinya cantik jadi anda boleh jadi perempuan comel jika memiliki sifat seperti ini.



2. Sentiasa menyerlahkan sifat keperempuanan.

- Kebanyakkan perempuan yang mempunyai ciri-ciri peperempuan comel sukakan tema bilik seperti Pinky, warna-warna manis dan kegadisan. Dihiasi dengan deretan Teddy Bear menyerlahkan lagi sifat feminin seorang perempuan yang suka berkasih sayang dalam terma kata Inggeris boleh disebut "lovely". Kecenderungan perempuan terhadap item-item, tema dalam hidupnya bukan sengaja direka tetapi terbentuk secara semulajadi dan comel juga bukan satu lakonan. Jika perempuan ingin menjadi comel secara berlebihan, ianya akan kelihatan sangat janggal.

3. Mempunyai sikap yang ramah. 

- Perempuan comel lebih ramah tetapi bukan gedik. Sifat ramah dibuktikan lagi dengan ramainya orang disekililingnya menyukainya. Keramahan seorang perempuan perlu dibataskan dan bukannya bebas. Kalau anda tidak menegurnya dahulu, perempuan comel mungkin akan menegur anda dahulu.

4. Fizikal semulajadi yang comel.

- Ciri-ciri perempuan yang comel diserlahkan lagi dengan ciri-ciri fizikal yang membantu seorang perempuan itu kelihatan lebih comel. Pipi montok, lesung pipit, bentuk mata yang comel dipandang (Tidak terlalu besar dan sebagainya, bukan renungan tajam). Seorang perempuan sangat bertuah jika memiliki anugerah seperti ini kerana bukan semua orang memilikinya.

5. Mempunyai sifat kelakar.

- Sifat kelakar bagi seorang perempuan sangat hampir dengan point pertama tadi iaitu suka bergurau senda dan tidak bersikap serius. Namun begitu, kadang kala orang perempuan sukar untuk bergurau senda kepada orang yang tidak dikenalinya berbanding orang perempuan yang mempunyai sifat kelakar, di mana-mana sahaja dia boleh berjenaka dengan orang lain sama ada kelakar daripada percakapannya atau perbuatannya. Sifat kelakar bukan boleh dibuat-buat, ianya terbentuk semulajadi. Mempunyai sifat kelakar kebiasaannya mudah menjadi tumpuan orang ramai kerana gelaknya selalu meriuhkan suasana.



6. Reaksi yang sentiasa melucukan.

- Apa jua reaksi seorang perempuan comel akan sentiasa menjadi lucu. Lucu bukan kerana orang lain mentertawakannya dengan hina tetapi reaksi perbuatan lucu yang boleh mendatangkan gelak kecil dan senyuman orang lain yang melihatnya. Reaksi terhadap sesuatu perkara adalah spontan, melucukan dan menghiburkan adalah ciri-ciri gah sebagai seorang perempuan yang comel.

7. Ketawa dalam keadaan terkawal.

- Perempuan yang ketawa terbahak-bahak adalah jenis perempuan yang sangat selamba dan mempunyai sifat keyakinan diri yang tinggi. Namun bagi seorang perempuan yang comel, kawalan ketawanya sangat hebat. Kekuatan ketawanya bertempat dan tidak memberikan reaksi negatif daripada orang lain. Jadi jangan ketawa terlalu kuat jika mahu menjadi comel.

Ciri-ciri perempuan yang comel telah saya terangkan secara ringkas seperti di atas. Walaupun terdapat ciri-ciri yang tidak saya sebutkan, ianya tidak bermakna anda tidak comel di mata lelaki. Setiap perempuan itu terdapat keistimewaannya tersendiri. Anda bukan bukan comel di mata saya tetapi comel di mata teman lelaki atau suami anda. Apa yang penting jangan cuba untuk berlakon menjadi comel kerana ianya akan menyemarakkan hinaan kepada diri anda sendiri. Lelaki comel bagaimana pula? Wallahualam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen