Untung Lelaki Dapat Pasangan 'Natural Beauty', Ini 6 Bonus Yang Mampu Buat Kamu Tersenyum Lebar.

Jarang jumpa wanita tak suka bermain dengan alat solek. Tambah pula kalau wanita itu jenis yang berkerjaya dan ada duit sendiri. Mungkin ramai yang sudah sedia tahu bahawa lelaki pantang melihat melihat wanita yang cantik tambahan lagi wanita yang cantik tanpa secalit solekan.



Jom kami kongsikan 6 bonus buat lelaki dan suami yang dikurniakan wanita tidak gemar bermekap ini. Mungkin kurang menyerlah dari segi penampilan tapi menang dan istimewa dari sudut lain.

1. Poket selamat.

Mereka yang terlalu menjaga kecantikan biasanya perlu modal yang banyak untuk membeli produk kecantikan. Bukan itu saja, bila dah tersalah guna produk kosmetik kemungkinan wajah timbul jerawat. Dah tentu kena keluarkan duit untuk membuat rawatan atau beli ubat. Dalam hal ini isteri itu sendiri dah banyak jimat, poket suami pun selamat



2. Cepat siap, tak tunggu lama.

Kalau bangun lambat pun masih ok lagi. Cari baju, lilit tudung dah boleh keluar tanpa perlu habiskan masa 15 hingga 30 minit untuk mekap. Suami juga tak lama menunggu kalau nak keluar bersama.

3. Sudah sedia dengan perubahan wajah isteri di hari tua.

Dah tua nanti takkan nak mekap jugak kan. Dah tentu kulit yang berkedut akan terserlah. Bagi orang yang jarang mekap ini tak jadi masalah. Dia tak takut terima hakikat kulit wajah sudah tidak tegang dan berkedut kerana tak pernah melindunginya. Suami pun sama sudah dibiasakan dengan paras di hari tua.



4. Tanda dia yakin pada diri sendiri.

Jarang mekap bukan bermakna tak menjaga penampilan. Mekap hanyalah pilihan untuk nampak lebih cantik. Isteri sebegini sebenarnya yakin dengan diri. Tak perlu kata apa-apa untuk membuktikannya, ia terserlah dari penampilannya.

5. Kurang rasa cemburu.

Satu lagi kelebihan isteri yang jarang mekap mereka ini sebenarnya bahagia dengan apa yang ada pada diri mereka. Dia tak mencari kebahagiaan dengan cara bermekap agar dilihat cantik dan sempurna. Lagi pun kalau isteri mekap cantik-cantik, suami pun takut. Silap haribulan isteri tak boleh keluar dan kerja sebab suami jelous.

6. Sekali sekali mekap, boleh buat orang ternganga.

Biasa keluar tak mekap tapi bila sekali-sekali tampil dengan solekan pasti suami terkejut. Cantik rupanya bila dah bermekap tapi sengaja diselindungkan kecantikan itu untuk tatapan suami.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen