Warna Kesukaan Lelaki Yang Harus Wanita Tahu.

Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Bagaimanapun, warna kegemaran seseorang lelaki lebih ringkas. Kebiasaannya kemestian buat mereka yang menggunakan warna kegemaran mereka hanya pada kereta, cat rumah atau bilik dan kebanyakan baju untuk dipakai ke tempat kerja. Tapi adakah kaum wanita mengetahui bahawasanya setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapakah lelaki itu secara kasarnya. Anda boleh menilai karakter dan peribadi lelaki itu dengan hanya melihat pada warna yang menjadi kegemarannya. Perwatakan lelaki yang menggemari warna merah adalah mereka yang selalu memaksa orang lain. Sekiranya ada lelaki yang gemar menyarungkan pakaian bewarna merah, ia melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.



Warna biru.

Golongan ini sering mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam hal percintaan kerana mereka cenderung untuk menyembunyikan perasaan. Warna biru sebenarnya warna komunikasi yang mana ia berkait rapat dengan kelenjar tiroid yang mengawal metabolism badan dan lontaran suara.

Jika seseorang lelaki itu menggemari warna biru dan sering menjadi pilihannya, mungkin si dia adalah yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Biru melambangkan ketenangan, tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak menyembunyikan perasaan.



Warna hitam.

Mereka yang memilih warna ini dikatakan jenis yang ringkas dan sempoi, tidak mahu menarik perhatian dan lebih gemarkan kesederhanaan.

Selain itu, hitam memperlihatkan satu sisi maskulin yang cukup nyata. Mengikut kajian, warna hitam melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofisikated dan boleh menyesuaikan diri. Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan.

Jika si dia berminat dengan warna hitam, dia boleh dikatakan seorang yang sangat sofisikated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannya. Warna ini juga menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.

Biasanya, lelaki yang suka memaki warna ini, mereka adalah seorang yang gemar bergaya elegan , mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Jika rona ini dikenakan dengan kemas, ia menunjukkan imej yang rapi, ringkas dan versatile.

Namun, lelaki yang suka memakai pakaian berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapa pun.



Warna putih.

Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri. Si dia yang menggemari warna putih ini juga sangat cermat dalam pelbagai hal.

Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatahdan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.

Warna hijau.

Lelaki yang menggemari warna ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa dalam perhubungan, Lelaki yang memaki pakaian berwarna kuning adalah mereka yang merangsang visualnya dan pemikiran.

Warna kuning.

Mereka dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen