Ini Cara Rawat Suami Panas Baran.

Pasti anda yang sudah berumah tangga menghadapi masalah ini bersama pasangan, terutama si suami yang ada ketikanya sikap panas baran mereka tidak dapat dikawal hingga menyebabkan isteri mengalami kecederaan serius.



Sifat panas baran berpunca daripada seseorang yang tidak berasa gembira dengan dirinya sendiri dan juga tidak dapat mengawal lagi nafsu marah itu hingga menyebabkan mereka yang dimarahi menahan perasaan sedih dengan sikap buruk yang ditampilkan.

Sebagai pasangan suami isteri yang baru berumah tangga misalnya, anda harus bijak mengawal dan menangani emosi dengan betul. Agar setiap perilaku dan butir bicara yang diucapkan tidak mengganggu emosi dan perasaan isteri. Akibat situasi ini juga menyebabkan peratusan perceraian semakin melonjak naik yang berlaku di kalangan perkahwinan yang masih muda.



Bagi isteri pula, jika anda saban hari terpaksa menghadapi suami yang kaki panas baran. Anda haruslah menganggapnya seperti seorang pesakit yang perlu dirawat. Sekiranya tidak mampu melakukannya seorang diri, mintalah bantuan pakar kaunseling atau sentiasa memanjatkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan hidayah buat suami berubah menjadi lelaki yang lebih tenang dalam menghadapi sebarang situasi.

Berhadapan dengan suami yang panas baran memang sesuatu yang menakutkan. Mungkin ketika bercinta, sikap itu tidak kelihatan tetapi apabila sudah berkahwin, perilaku sebenar jelas terlihat depan mata.

Faktor suami panas baran:

1. Faktor luaran.

Iaitu yang membabitkan tempat kerja suami. Seperti tekanan daripada pihak atasan, persaingan dalam urusan kerja dan prestasi kerja yang kurang memberangsangkan daripada suami. Selain, stres dengan kesesakan lalu lintas ketika pergi dan balik kerja juga menyebabkan suami berasa letih lantas melepaskan perasaan tekanan itu kepada isteri tanpa berfikir baik dan buruknya.



2. Faktor dalaman.

Ada benarnya juga. Isteri jangan terlalu kerap menuding jari kepada suami sahaja kerana kemungkinan ada sikap anda yang kurang disenanginya hingga menyebabkannya naik darah. Antara yang sering terjadi seperti isteri sering kali meminta sesuatu yang sukar untuk disediakan suami kerana kesempitan wang. Seterusnya, isteri abaikan suami, bersifat cemburu buta juga turut merimaskan suami dan isteri tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna.

Cara atasi:

1. Ajak suami berbincang untuk selesaikan masalah yang membelenggu dirinya.

2. Guna gaya bicara yang halus agar emosi suami 'cool down' dan pulih seperti sedia kala.

3. Isteri boleh juga berbincang sambil mengurut-urut badan suami ketika si dia baru pulang dari tempat kerja ataupun semasa menonton televisyen bersama-sama. Ini juga turut membantu memulihkan sikap panas baran suami.

4. Seterusnya, elakkan bicara yang boleh menaikkan marahnya atau menyindir dan berkias-kias tentang sesuatu yang dilakukan walaupun anda rasakan ia tidak patut dilakukan.

5. Isteri haruslah memulakan daripada diri sendiri dengan cara mengubah sikap dan kelemahan diri agar suami sentiasa jatuh cinta setiap hari tanpa ada sekelumit perasaan untuk marah.

6. Sebagai isteri yang baik, ambil tahu sedikit sebanyak perkara yang disukai suami seperti makanan kegemarannya, hobi dan sebagainya. Agar suami tahu bahawa anda ambil berat dan mencintainya sepenuh jiwa. Secara tak langsung berupaya mengurangkan sikap panas baran suami itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen