Mohon Semak Punca Utama Rumah Tangga Tak Bahagia, No. 5 Ramai Sangat Yang Buat!

Oleh: Yana

Rumah tangga tak bahagia kalau anda masih terus berangan akan dapat segala dengan mudah tanpa sedikit ujian. Lagi teruk jika ramai di kalangan wanita tak sanggup melihat wanita lain bergaya sakan sehinggakan bernafsu juga mengikuti fesyen terkini walaupun tiada berduit. Kata mudah CEMBURU! Meranalah si suami yang terpaksa berhutang ke sana ke mari, kalau tak dapat 'korek' siapa lagi yang menjadi mangsa jika bukan ibu bapa sendiri.



Itu cerita orang tak berpunya tapi mahu bergaya bagaimana pula dengan wanita yang kaya? Bukan hanya dari segi pemakaian, perhiasan dan hobi yang serba mahal, pergaulan yang diikat bersama kawan-kawan pun boleh terlerai bila tak berduit. Inilah dunia sesetengah wanita yang serba glamor, walaupun mereka kuat bekerja dan memiliki kekayaan yang melimpah seharusnya dalam hati sentiasa mahu beringat bahawa malang tak berbau, ada masanya ujian kesusahan menjengah tanpa dijemput.

Kaya miskin boleh berpusing dalam putaran kehidupan seorang wanita, sememangnya dia sedar segalanya kurniaan Allah SWT dan ia satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat tetapi manusia sentiasa lupa asal-usulnya. 'Bagaimana kamu tergamak kufur kepada Allah padahal dahulunya kamu mati (tiada), kemudian Dia menghidupkan kamu setelah itu Dia mematikan kamu dan kemudian Dia menghidupkan kamu pula (di akhirat) dan akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya.' (Surah al-Baqarah ayat: 28)

Kaya Yang Bahagia.

Wanita yang kaya menjadi pilihan para lelaki untuk didampingi, tidak salah bahkan agama kita mengizinkannya. Namun kekayaan mestilah boleh mendatangkan bahagia dan tenang bukan sebaliknya merunsingkan dan menggelapkan hati. Jadi duit yang dikurniakan Allah SWT mesti dibelanjakan mengikut aturan yang Allah SWT tetapkan ke atas manusia. Jika manusia mengkufuri nikmat Allah dia tak peduli ke mana duit itu dibelanjakan.



Wanita yang berlebih-lebihan mempercantik diri dari hujung rambut ke hujung kaki sementara dia abaikan kesengsaraan fakir miskin maka dia telah menyalahgunakan amanah yang Allah pinjamkan. Apakah tidak boleh berbelanja untuk kecantikan? Jika diniatkan untuk menjaga kesihatan dan menjaga pandangan mata suami maka ini diharuskan asalkan tidak berlebihan dan tidak lupa memberi hak ibu bapa dan fakir miskin.

Mengurus duit memerlukan ilmu, sikap suami yang tak mendidik isteri beramanah dalam hal ehwal kewangan keluarga menjadi sebab gagalnya isteri menjadi kaya material dan spiritual. Didik bukan bermakna suruh berjimat sampai berikat pinggang, pecah usus tak makan tetapi menjaga perbelanjaan agar tidak melebihi pendapatan. Senang nak cakap tapi susah nak buat!

Suami isteri mesti berterus terang mendedahkan masalah-masalah kewangan dalam keluarga, ramai bercerai kerana isteri tak faham kesusahan suami atau sebaliknya sehingga menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.

Harta menjadi punca sengsara apabila kita tunduk sujud mengikut nafsu, lupa asal-asul, lupa daratan, lupa iman, lupa kepada Allah SWT. 'Ketahuilah sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (dalam bermaksiat), kerana dia melihat dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu.' (Surah al-'Alaq: 6-8)

Pesanan Terakhir.

Suami isteri yang suka menunjuk kemewahan memiliki penyakit lain yang tak kalah bahayanya iaitu tidak perlukan Tuhan. Mereka merasa cukup dengan harta yang kononnya punca keselamatan dan kebahagiaan. Setelah diuji dengan 'kehilangan' barulah menangis mencari di mana Tuhan. Jika Allah menguji bermakna Dia mahu kita kembali, mahu kita berasa lemah dan perlukanNya, mahu kita ingat semua yang dimiliki hanya pinjaman.



SILA SEMAK:

1. Punca sebenar masalah kewangan dalam keluarga adalah jauhnya mereka dengan Tuhan.

2. Tiada ilmu agama yang membawa kepada pemikiran yang positif, hati yang tenang dan khusyuk tunduk kepada Allah SWT.

3. Jika mereka sembahyang hanya di pinggiran sahaja tidak masuk menghadapNya dengan membawa ilmu di dada.

4. Jika berdoa cepat putus asa dan tak yakin dengan kuasa Allah SWT.

5. Kalau mencari nafkah tak kira halal haram semua masuk poket yang sama.



Bagaimana tidak sengsara jika Allah yang memberi kebahagiaan itu diceraikan daripada jiwa raga kita? Tidak mustahil suami isteri yang mahu bercerai atas sebab harta sebenarnya kerana mereka telah lebih dahulu menceraikan diri dengan Allah SWT. Lantai masjid tak pernah lagi dipijak semenjak berakad nikah dahulu, ceramah agama yang terakhir adalah ceramah nikahnya dahulu, ilmu agama yang dibaca setakat singgah sebentar di jiwa kemudian dilupakan begitu saja. Air mata insaf hanya sedikit menitis saat kematian saudaranya kemudian kering dihapus tawa dan silau dunia. Rumah kemas disusun mewah tapi hati bergolak hebat sengsara tiada ketenangan. Setiap kali nafsu minta dipuaskan berkejarlah ke sana ke mari tak kenal masa, terlepas saat-saat sujud yang menenteramkan jiwa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen