Jika Anda Meletakkan Nikah Sebagai Tujuan Hidup, Ingat Pesan Ustaz Don Ini.

Pesan Ustaz Don, dah kawen, kreatiflah dalam bercinta.

Pesan aku (pengalaman hidup seciput, tapi aku cuba jugak berpesan), belum kahwin, kreatiflah dalam bentuk diri. Asbab Allah ciptakan dia selalunya macam karektor kita. Kalau nak cari sempurna macam diri baik kahwin dengan diri sendiri. Yang belum nikah, Awak bukan tak laku, bukan tak handsome/cantik, bukan tak baik, bukan takda ruang bercinta halal, tapi Allah bagi awak banyak masa. Perbaiki diri, perbetul sikap, mencari rezeki, berbakti lebih pada orang tua. Allah pilih awak, asbab Allah nak awak cukup sedia dalam rumah tangga, Awak tak nampak hikmah tu. Tapi yang ciptakan awak tau apa awak perlu. Dia yang cipta awak dan bakal pasangan awak. Kalau awak sedih tak dak pasangan, awak akan mengadu pada Dia. Kali ini lebih lirih bunyinya, lebih ikhlas maunya, lebih sungguh-sungguh mintanya, lebih senang mengalir air matanya. Bila diberi ujian lekaslah kita tersedar, diberi nikmat mudahlah kita alpa, itu lumrah sebab awak-kita manusia.



Awak jangan sedih, Tuhan tak ciptakan awak sia-sia. Tuhan tak cipta awak sekadar nak beri derita. Benarlah, Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan pun hidup. Saya suka pesan. Nikah bukan tujuan hidup, Nikah hanya alat mencapai tujuan hidup. Kalau awak tak mampu capai alat ini. Ada banyak lagi alat lain awak boleh guna. Untuk korek dalam-dalam lubang bahagia. Kreatiflah dalam mencapai tujuan hidup, kreatiflah dalam mencipta bahagia.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen