Ubah Kehidupan Anda Melalui 10 Pengajaran Kehidupan Daripada Confucius.

Confucius ialah seorang ahli falsafah dari Timur yang paling hebat sepanjang zaman. Kepercayaannya menekankan moral dan etika dalam peribadi dan kerajaan. Confucius mendidik orang ramai melalui peraturan dalam hubungan sosial, keadilan, dan kejujuran. Ini 10 pengajaran hidup yang hebat berdasarkan falsafah pemikir dari China ini.



1. Biar lambat mana pun perjalanan anda, asalkan anda tidak berhenti.

2. Jangan pernah berkawan dengan seorang lelaki yang bukan lebih baik daripada anda.

3. Apabila anda marah, fikirkan akibatnya.

4. Apabila anda sedar matlamat itu tidak boleh dicapai, jangan ubah matlamat, tetapi ubah langkah untuk merealisasikannya.



5. Jika anda membenci seseorang, maka anda telah dikalahkan oleh orang tersebut.

6. Lelaki yang hebat mencari sesuatu yang ada dalam dirinya, manakala lelaki yang biasa mencari sesuatu yang ada pada orang lain.

7. Ke mana-mana sahaja anda pergi, pergilah dengan sepenuh hati.

8. Berikan arahan kepada orang yang mencari ilmu pengetahuan selepas mereka menyedari kejahilan mereka.

9. Melihat kepada peluang kecil boleh menghalang tercapainya suatu perkara hebat.

10. Jika ada yang mengata di belakang anda, bermakna anda sudah berada di hadapan mereka.

Ikuti pengajaran hidup yang berguna ini dan lihat perubahannya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen