9 Ciri Perempuan Pisau Cukur a.k.a Kaki Kikis.

Ini antara 9 Ciri Perempuan Pisau Cukur a.k.a Kaki Kikis.

1. Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya.



2. Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yang baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya.

3. Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini bagi meyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. Diawal perkenalan kalau anda serius nak jalinkan hubungan dengan wanita idaman hati rajin2 lah bertanya teman rapat mereka ni macam mane lifesytle latar belakang mereka, perbelanjaan mereka semua. Kalau ada something yang membuat korang curiga hati-hati la ye.

4. Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. Seksi dalam konteks ni ialah dari segi penampilan mereka. Wanita-wanita ni akan gunakan senjata ' keseksian' mereka untuk jerat korang.



5. Mulalah minta tu dan ini setelah agak lama berkawan. Tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan. Sorang perempuan yang baik mereka ada sifat malu yang menebal dan mereka takkan terus sewenang2nya minta itu ini kat korang.

6. Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yang sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat. So kat sini supposely korang da boleh take action, kalau wanita tu sayangkan korang comfirm dia akan rasa jeles walaupun korang keluar dengan cousin korang sndri !!! dan lagi 1 perempuan mana dalam dunia ni snggup dimadukan dan berkongsi kasih syang.

7. Mudah untuk di bawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, if diawal perkenalan kalau mereka ni sering mengajak korang ke tempat bershopping and sangat gemar besosial xtntu hala, sila berjaga-jaga pasti duit korang akan melayang.



8. Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan. Tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak. So beware dengan perempuan macam ni mesti ada something wrong.

9. Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi. Dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. Tetapi alasan-alasan yang diciptanya memang sukar untuk dibidas.

Kalau wanita idaman korang ada ciri no 9, baik korang pertimbangkan hasrat nak couple, bertunang or nak kahwin one day nanti. Porak peranda hidup korang nnti.

p/s : Info ni just 1 panduan dan tips untuk mengenali wanita pisau cukur a.k.a kaki kikis ni. Zaman moden ni makin ramai wanita jenis ni. Dek kerana mereka2 ni ramai lelaki terpedaya sehingga ada yang jatuh muflis dan dibuang kerja serta lingkup company family dek wanita2 ni. Dan ada cerita kes rumahtangga hancur dek perempuan macam ni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen