Tebus Talak Boleh Aniaya Isteri.

Boleh ustaz jelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan tebus talak. Jika isteri tidak mampu sediakan jumlah yang diminta, apakah dibolehkan cara lain untuk berpisah?



Tebus talak dalam bahasa Arab disebut sebagai khulu’. Ia bermaksud perceraian yang diminta oleh pihak isteri dengan membuat ganti rugi atau bayaran kepada pihak suami. Bayaran tersebut tidak ditentukan nilainya tetapi bergantung kepada jumlah yang telah disepakati oleh kedua-dua pihak yang mana tidak membebankan pihak isteri untuk melunaskannya. Suami pula tidak boleh mengambil kesempatan untuk meletakkan nilai yang tinggi sebagai syarat tebus talak kerana perbuatan tersebut boleh menyusahkan di pihak isteri. Perlu diingat bahawa, bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak ini, suami tidak boleh merujuk kembali kepada bekas isterinya. Sekiranya suami ingin kembali kepada isteri atau isteri ingin kembali semula kepada suami, mereka perlu berkahwin semula dengan akad pernikahan yang baru. Sekiranya kaedah perceraian ini menyulitkan, maka lakukanlah sebagaimana yang telah Allah tetapkan di dalam al-Quran.



Sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 229:

“Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika kedua-duanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.

Oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen