Rambut Berbau? Wanita Pun Taknak Dekat Dengan Kamu. Ini Penyelesaiannya!

Oleh: Yana

Rambut berbau sememangnya menjadi satu masalah kepada kaum lelaki yang sibuk bekerja, kurang menjaga kerapian rambut. Kita bukan sahaja nak kulit wajah yang nak dijaga rapi dan ditatang bagai minyak yang penuh, rambut juga memerlukan perhatian yang sewajarnya. Lelaki yang mudah berpeluh berpeluang untuk mendapat masalah rambut berbau, sekali gus mengurangkan keyakinan pada diri kamu.



Jom kita tengok apa 8 tip untuk mengatasi rambut berbau busuk ni.

1. Penggunaan tuala.

Tuala memainkan peranan yang penting untuk mengeringkan rambut setelah kita mencuci rambut. Sebaiknya gunakan tuala yang lembut dan lapkan dari bahagian atas rambut sehingga ke bawah. Langkah ini hendaklah diulang beberapa kali dan kemudian biarkan rambut kering dengan sendirinya. Elakkan menggosok rambut dengan kasar.

2. Sikat dan sisir rambut.

Buat yang jarang menyikat rambut tu eloklah selepas ni rajin-rainkan diri anda sikat dan sisir rambut. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat memastikan akar rambut dan kulit kepala dalam keadaan baik.



3. Guna air sejuk.

Ramai yang keliru dan salah faham tentang penggunaan air semasa mencuci rambut. Sebaiknya gunalah air sejuk untuk mencuci rambut dan bukannya air panas. Penggunaa air sejuk amat berkesan untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala secara optimum.

4. Minum banyak air.

Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter. Elakkan minuman berkafein seperti kopi dan nescafe. Pengambilan kafein yang banyak dikatakan boleh menyebabkan peningkatan suhu tubuh.

5. Kurangkan makanan pedas.

Bagi penggemar makanan pedas anda dinasihatkan kurangkan pengambilan makann jenis ini. Kerana makanan pedas akan menggalakkan pengeluaran peluh. Peluh kan menyebabkan rambut berbau.



6. Cuci rambut setiap hari.

Untuk elakkan rambut berbau hendaklah mencuci rambut setiap hari. Kulit kepala juga hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya. Gunalah syampu yang mengandungi antibakteria.

7. Hindari Stress.

Stress boleh menyebabkan seseorang itu cepat berpeluh. jadi elakkan stres yang keterlaluan.

8 Yoga atau meditasi.

Bagi sedikit ruang kepada diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang boleh mengurangkan rasa stress dan tekanan terutama mereka yang berkerjaya. Anda boleh melakukan yoga atau meditasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen