12 Hikmah Perkahwinan Yang Perlu Anda Tahu.

Islam memenuhi semua aspek kehidupan termasuk perkahwinan. Hubungan lelaki dan perempuan terpelihara dalam satu ikatan sebagai suami dan isteri. Dalam dunia yang serba moden ini, perkahwinan dilihat semakin rumit dan tidak penting. Ini menyebabkan berlaku kerosakan moral dan ketiadaan keinginan untuk berumahtangga bagi sesetengah individu. Berikut adalah 12 alasan mengapa perkahwinan masih relevan pada masa kini.



1. Memelihara iman dan agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, maka pilihlah wanita yang beragama nescaya engkau akan selamat.”

Seorang lelaki pernah datang menemui Hasan bin Ali bin Abi Talib dengan bertanya kepadanya, “Saya ada mempunyai seorang anak perempuan. Bagaimanakah pendapatmu, dengan siapakah anak perempuan aku patut dikahwinkan?” Hasan menjawab:

“Kahwinkanlah dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kalau ia mencintainya ia akan menghormatinya dan kalau ia tidak cinta, ia tidak akan menganiayainya.”

Pasangan yang beriman dapat membantu dalam memelihara iman seseorang. Dia sentiasa menasihati pasangannya dalam urusan agama dan mengingatkannya agar tidak terlalu taksub dengan hal duniawi.



2. Memelihara kesucian.

Lelaki secara fitrahnya mempunyai keinginan terhadap wanita. Begitu juga dengan wanita. Kerana itulah syaitan sentiasa mencari jalan untuk menggoda keduanya agar melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Dengan perkahwinan, terpelihara diri daripada hal-hal sedemikian.

3. Menikmati cinta, belas kasihan, dan keselamatan.

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenia kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”
Surah al-Rum 30:21

Sebuah perkahwihnan dibina atas rasa cinta yang kemudiannya mencambahkan sifat belas kasihan dan rasa selamat di antara keduanya. Inilah perasaan paling indah yang terbit dalam alam perkahwinan.

4. Menghalalkan keinginan fitrah.

Dengan perkahwinan, tiada lagi kebimbangan dalam menghampiri perkara haram dalam hubungan.

5. Langkah menambah amal kebaikan.

Perkahwinan membina motivasi di antara pasangan untuk sama-sama berbuat amal kebaikan. Jika dahulu solat bersendirian, contohnya, kini seorang isteri menjadi makmum kepada suaminya. Maka dapatlah dia pahala solat berjemaah. Malah, setiap yang dilakukan bagi pasangan masing-masing mendapat pahala.



6. Mendapat keharmonian hidup.

Dengan semua rasa cinta yang terbit, hubungan yang halal dan peluang menambah amal, kehidupan bertambah harmoni. Kini, seorang lelaki dan wanita mempunyai teman bagi menghadapi susah senang hidup bersama.

7. Memelihara umat manusia.

Pada masa ini sesetengah negara telah membenarkan perkahwinan sejenis. Pada masa yang sama, ada yang mengutamakan kerjaya berbanding memiliki keluarga dan memilih untuk hidup membujang. Maka, telah banyak jangkaan penurunan jumlah orang muda berbanding orang tua. Dengan perkahwinan, hal ini dapat mengurangkan risiko tersebut.

8. Mengekalkan ikatan silaturrahim.

Perkahwinan mengikat hubungan kekeluargaan walaupun di antara ibu dan anak.

9. Melindungi masyarakat dari kebejatan moral.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda, sesiapa yang mampu melakukan hubungan kelamin hendaklah berkahwin, maka sesungguhnya berkahwin menutup pandangan dan memelihara kemaluan daripada melakukan zina. Kalau tidak mampu, berpuasalah kerana puasa itu menjadi perisai (penghalang) bagi dirinya.”

Perkahwinan mengelakkan perbuatan maksiat dengan menghalalkan sesebuah hubungan pada kaca mata Islam. Perkahwinan dapat menutup pintu fitnah dan maksiat yang menjadi punca kerosakan akhlak di kalangan masyarakat.



10. Menjaga masyarakat dari penyakit fizikal.

Ini adalah akibat daripada kebejatan moral yang berlaku di kalangan masyarakat. Ini kerana zina boleh mendatangkan risiko pelbagai penyakit fizikal seperti AIDS, sifilis dan sebagainya. Maka, perkahwinan bukan sahaja melindungi diri seseorang malah ahli keluarganya juga.

11. Membina persekitaran berkeluarga.

Anak-anak membesar dengan baik dalam persekitaran berkeluarga. Melalui perkahwinan yang baik yang mengutamakan perkembangan kanak-kanak, anak-anak ini mampu membesar menjadi umat Islam yang berjaya.

12. Menambah jumlah umat Islam.

Bersama dengan jumlah umat Islam yang bertambah, kita juga berharap kualiti umat Islam juga turut sama meningkat.

Walaupun perkahwinan memberikan banyak hikmah, namun setiap lelaki dan perempuan mestilah bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu mengenai alam perkahwinan, tanggungjawab sebagai suami dan isteri dan hal-hal berkaitan. Pada masa kini ada pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu berkenaan rumahtangga.

Semoga kita mengambil manfaat kerana sesungguhnya sesebuah perkahwinan dihalalkan bukan tanpa adanya sebab yang sia-sia melainkan semuanya dalam bukti Allah Maha Mengetahui segala yang diperlukan hambaNya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen