Rahsia Tersembunyi : Lelaki Lebih Merana Berbanding Perempuan Bila Putus Cinta?

Assalamualaikum..

Selamat hari pekerja semua, selamat bercuti jugak. Sebelum itu minta maaflah sebab entry yang pertama itu adalah entry auto post macam gitulah, sebab sekarang nie acik sibuk banyak sebab tu kena buat entry auto post.. Hari ini acik nak kongsikan sesuatu.



Sehebat mana seseorang itu pastinya ada kelemahan yang tersembunyi dan kadang di tutupi setiap kelemahan itu. Kita ambil dari sisi positive bahawa kelemahan boleh jadi kekuatan sebenarnya tapi bagi mereka yang tahu siapa diri mereka yang sebenar. Dan begitu juga hati kita, jika kita tak cuba kuatkan hati, maka lemahlah dia, jika kita putus asa, hati akan merana. Percaya pada ketentuan Allah.

Ahhh cinta dan cinta setiap hari akan di bahas di mana mana sahaja, siapa pernah putus cinta?? Putus cinta memang sangat menyakit dan pahit tak seperti jatuh cinta. Sakit beb sebab acik pon pernah rasa juga masa zaman budak budak nak kenal cinta cintun ini. Kalau kita lihat di dalam filem mahupon realiti kebiasaanya di tonjolkan bahawa kaum hawa begitu sengsara bila putus cinta dan trauma yang melampau. Dan dapat kita lihat lelaki putus cinta cool saje seperti tak ada perasaan, paling tidak hanya mengamuk.



Siapa kata lelaki putus cinta itu cool saje? kebenaran yang sebenar lelaki lebih merana dan sengsara bila putus cinta? percayalah. Menurut kajian nisbah lelaki bunuh diri kerana putus cinta 3:1. Ini acik tak meraguinya kerana lelaki ini banyak pendam perasaan di campur dengan ego mereka. Kadang ada saje yang cakap siapa suruh ego. Sedangkan ego itu di ciptakan oleh ALLAH jadi tak perlu pertikaikan yang buat ianya rendah dan tinggi ego itu adalah diri kita sendiri.

Serious, lelaki kalau putus cinta memang teruk sebab ini apa yang acik lihat dari kawan kawan dan orang sekeliling. Ambil masa yang lama untuk pulih, tapi bila depan kawan kawan kena tunjukkan tak ada apa apa, padahal dalam bilik menagis tersedu sedu. Ini realiti.

Mana tak frust kadang kala dah banyak duit kita keluarkan untuk "si gadis idaman" dan dah siap bawa jumpa keluarga. Ada kes sanggup berhutang dengan bank dan along untuk tampung pembelanjaan "si gadis idaman". Waktu dah banyak habis bersama.

Kadang kala sanggup buat apa saje untuk dapatkan si dia kembali. Dan siapa salah itu tak perlu bahas kerana mengikut situasi kisah cinta mereka tersendiri.



Pernah dulu, kawan acik siap tak datang kelas 1 minggu duduk terperap dalam bilik dan keputusannya pon merundum. Tapi itulah namanya ujian dari ALLAH.Sebenarnya begitu bagi kaum hawa mereka begitu juga derita kerna putus cinta. Entri ini bertujuan untuk memberitahu semua orang bahawa siapa yang putus cinta itu memang akan sakit dan merana.Tak kiralah lelaki atau perempuan.

Sebab tadi ada yang hantar mesej dengan acik bahawa dia kata "Lelaki tak tahu rasanya sakitnya putus cinta". Tak pelah apa pon kepada siapa yang sedang putus cinta jangan sedih lama lama, ALLAH jarakkan kita dengan si dia untuk kita muhasabah diri dan membaiki diri. Boleh jadi dia orang yang rugi sebab melepas kita yang benar benar sayang dia. Sebab itu jodoh itu Rahsia ALLAH. InsyaALLAH kita akan dapat lebih baik.

Bila putus cinta pasti hati akan tak tenteram.Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28,

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen