Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita?

Assalamualaikum. Fuh minggu ini akan ada bermacam aktiviti dan sibuk dengan kelas. Dan minta maaf kepada blog yang acik tak sempat blogwalking sebab ada kelas. Hehehe semalam kelas habis 10 malam. Balik tu sangat la lapar dan pergilah kedai makan dan order nasi goreng black paper dengan telur bistik that is my favorite. Duduk sorang diri sambil menunggu makanan siap tetiba ada yang tepuk dari belakang. Hai acik .. apa khabar? Kenal tak? Acik pon blur blur lagi.. Siapakah gerangan dia nie?



Rupanya dia adalah salah seorang pembaca blog acik, dia kata mungkin acik tak kenal dia tapi dia kenal acik.. SubhanaAllah tak sangka acik dapat jumpe jugak pembaca blog nie. Dan dia pon nak makan. Dia siap ajak acik makan dan siap belanja lagi. Alhamdulilah.

Tengah makan tiba-tiba terkeluar soalan yang di lontarkan oleh Ijat pada acik. Dia bertanya : Acik Kenapa Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita? Yelah kalau baca dalam blog acik, acik ada juga ceritakan soal jodoh..tak boleh ke bercinta tanpa rasa kecewa. Penatlah cik bercinta macam nak rak dan akhirnya kecewa juga.



Saat itu pon acik terkejut juga sebab yang bertanyakan seorang lelaki yang gagah? Tapi acik jawab jugalah. Hidup ini bagai laut ada pasang dan surutnya. Kita tak boleh jangka setiap apa yang berlaku, kadang kala gembira, sedih ,duka ,suka ,senyum dan kecewa. Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.

Memang kita sedih, kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini? Jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita. Dia adalah sebaik perancangan.



Selain itu juga, Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:

1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.

2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.

3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.

Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." "Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Ali-Imran: 31]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen