Wahai Lelaki Berusahalah Menjadi Suami Yang Soleh.

Suami yang soleh akan membahagiakan isterinya dan ia menjadi satu amal soleh yang boleh membawa dirinya ke syurga. Suami yang soleh ialah suami yang taat serta patuh kepada perintah dan larangan agama. Beliau melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah. Sebagai seorang suami, Allah memerintahkannya untuk bergaul (berinteraksi) dengan baik kepada isterinya dan menjauhi daripada menyakiti mereka.



Firman Allah:

Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. [al-Nisa’ 4:19]



Termasuk yang dilarang oleh Allah ialah terburu-buru menceraikan isteri semata-mata kerana beberapa tingkah-lakunya yang tidak disenangi. Firman Allah:

Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). [al-Nisa’ 4:19]

Oleh itu meskipun Islam memberikan kuasa talak kepada suami, tidaklah bererti Islam menyukai suami yang menyalahgunakannya. Suami yang cermat lagi berdisiplin dalam menguruskan kuasa talaknya termasuk dalam kategori suami yang soleh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen