Awasi Gerak Geri 5 Petanda Lelaki Berbohong.

Kebelakangan ini anda merasakan sesuatu yang tidak kena pada pasangan seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya? Daripada anda terus berteka-teki, cuba perhatikan jikalau ada tanda-tanda ini pada pasangan:



1. Mengelak dari bertentang mata tatkala berbicara.

Ini adalah tindak tanduk paling ketara dalam menyembunyikan sesuatu. Kerana pembohongan biasanya dapat dikesan melalui pergerakan mata. Ada kajian mengatakan, jika anak mata bergerak ke arah atas di sebelah kanan, itu tandanya si dia tidak bercakap benar. Manakala jika matanya bergerak ke arah atas di sebelah kiri, itu bermakna dia bercakap benar. Dan sebaliknya untuk individu yang kidal.



2. Berhenti sejenak sebelum menjawab pertanyaan.

Berhenti sejenak biasa digunakan untuk memikirkan jawapan yang relevan sebelum menjawab. Walaupun suami sudah punyai saksi, namun otaknya tetap memerlukan waktu untuk mengingat butiran jawapannya supaya ianya tidak bercanggah di antara satu sama lain.

3. Berpeluh.

Berpeluh walaupun suhu persekitaran tidak panas adalah satu petanda bahawa si dia sedang gugup kerana berbohong atau menyembunyikan sesuatu.



4. Menggaru-garu hidung.

Mengikut fakta, beberapa perlakuan di wajah boleh menggambarkan perasaan gugup. Jadi jika suami tiba-tiba menggosok-gosok mata, menggaru hidung, atau meletakkan tangan di mulut saat menceritakan kisah yang tampak dibuat-buat, anda patut merasa curiga!

5. Ceritanya tidak sepadan antara satu sama lain.

Cerita suami bercanggah antara satu sama lain, boleh jadi si dia terlupa. Namun jika ianya kerap terjadi anda seharusnya berwaspada. Dalam hal ini anda harus menjadi lebih peka terhadap cerita-ceritanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen