Wahai Para Suami, Ketahuilah Bahawa Membawa Isteri Berjalan Itu Boleh Dapat Pahala Besar.

Mungkin ada yang baru mengetahui, bahawa pahala menemani isteri berjalan-jalan adalah lebih baik dari pahala iktikaf di Masjid Nabawi selama sebulan penuh.Mungkin kita menganggap,  jika  ikhlas menemani seorang sahabat atau orang terdekat sewaktu membeli barang keperluan sehari hari, kita cuma dikurniakan pahala dan ucapan terima kasih sahaja bukan? Namun ternyata, dengan keikhlasan tersebut kita bakal diberi ganjaran pahala yang lebih besar dari apa yang kita fikirkan.



Rasullulah SAW bersabda:

" Sungguh saya jalan bersama seorang saudara (muslim) didalam satu keperluan lebih saya cintai dari pada saya beriktikaf didalam masjid ku (masjid Nabawi) ini selama sebulan. " (HR. Ath-Thabarani)

Syaikh Muhammad bin shalih Al-Ustaimin rahimahullah berkata: "Menunaikan keperluan kaum muslimin lebih utama dari pada iktikaf, lantaran faedahnya lebih menyebar, manfaat ini lebih baik dari pada manfaat yang terbatas (untuk sendiri). Kecuali manfaat terbatas tersebut adalah perkara yang penting serta harus dalam Islam (misalnya solat wajib). "



Fikirkan, ganjaran melebihi pahala beriktikaf di Masjid Nabawi satu bulan penuh. Begitu mulianya kita apabila ikhlas walaupun cuma menemani orang lain berjalan-jalan. Tambahan lagi keikhlasan itu dilakukan kepada isteri sendiri iaitu insan yang paling berhak untuk kita bahagiakan didunia ini.

Rasullulah SAW bersabda:

"Orang yang imannya paling prima di antara kaum mukminin iaitu orang yang paling bagus akhlaknya diantara mereka, serta sebaik-baik kalian iaitu yang paling baik akhlaknya pada isteri-isterinya." (HR At-Thirmidzi)

Jadi dahulukanlah isterimu daripada rakan-rakanmu. Hormati keinginan serta temani isteri serta anak-anakmu kerana mereka adalah insan yang paling memiliki hak untuk memperoleh kebaikan dari dirimu (suami).

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen