Fahami Pengertian IJAB & QABUL.

Apabila seorang lelaki dan wanita diijab qabulkan, maka terbinalah satu rumah tangga. Mungkin ini adalah tafsiran lazim kebanyakan orang. Namun, Islam melihat rumah tangga sebagai satu sistem kekeluargaan iaitu tempat berlindung, pertemuan dan kediaman. Kerana itulah Al-Quran menggambarkan rumah tangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu hubungan yang terpancar darinya kasih sayang dan kemesraan. Itulah hubungan di antara jiwa dan raga, hubungan ketenteraman dan merasakan kerinduan serta kasih sayang.



Syarat Mendirikan Rumah Tangga Dalam Islam:

  • Ahli keluarganya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
  • Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
  • Rumah tangga sentiasa bersih dan selesa.
  • Rumah tangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram.
  • Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.
  • Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.
  • Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.
  • Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumah tangga.
  • Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.
  • Rumah tangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.



Kewajipan Suami Dalam Rumah Tangga:

  • Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna.
  • Memberi nafkah kepada isteri.
  • Menggaulinya dengan baik.
  • Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan.
  • Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal.
  • Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
  • Memaafkan kesalahan isterinya terutamanya isteri yang berbudi pekerti mulia.
  • Membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.



Ingatlah Bahawa:

  • Satu kata yang kasar boleh menerbitkan kebencian.
  • Satu kata yang diluahkan tanpa kawalan diri boleh membuatkan kekacauan.
  • Satu kata yang tidak sopan boleh menjadikan cinta hambar dan tiada rasa.
  • Satu kata maaf mampu melahirkan cinta yang mendalam.
  • Satu kata lembut boleh membuahkan kedamaian.
  • Satu kata pujian dapat memberikan semangat untuk pasangan kita yang mendengarnya.

Berpeganglah Kepada Tiga Kata Ajaib Berikut Untuk Kebahagiaan Dan Keharmonian Rumah Tangga:

  1. Terima kasih – ia melambangkan anda menghargai pasangan dan ahli keluarga anda.
  2. Maafkan saya – ia melambangkan anda mampu menawan ego anda dan menerima kesilapan diri.
  3. Kata sayang/cinta – ia melambangkan anda mencintai pasangan/ahli keluarga anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen