Belajarlah Menerima Dan Memberi Cinta Kerana Allah.

Assalamualaikum..

Banyak pekara yang ingin diceritakan kepada semuanya tetapi masa berlalu dengan pantas mencemburuinya untuk dipaparkan kepada semua.

Sahabat : Acik, dia tuturkan sayang dan cinta kerana Allah..Tapi bila bercakap soal kawin, dia menghindar dan kata masih banyak pekara yang perlu di selesaikan selain soal rumahtangga.



Aku sayang dia, sumpah demi Allah. Sungguh-sungguh cinta. Tak mungkin rasa cinta ini hadir begitu saja kalau bukan dari Allah.”

Acik : Aku tak mampu selesaikan masalah kau, tapi aku hanya mampu beri nasihat kau.

Sahabat : “Dan kini, dia mula menghindar. Dia sudah berubah. Dulu, hampir setiap malam dia menelefon, aku boleh kata hampir setiap jam. Hanya mahu mendengar suara, menyatakan rindu dan sayang.”

Aku tak sangka acik, dia seolah dah berubah, katanya nak exam, exam itu lebih penting dari aku?

“Dia janji, Acik. Mahu bersama-sama dengan aku dalam hubungan ini. Dia minta aku tunggu. Aku tunggu. Tetapi bagaimana aku harus tunggu jika dia sendiri sudah menjauh? Tuhan saja tahu perasaan aku.”

Acik : Aku faham perasaan kau, aku tahu apa rasanya mencinta kemudian diabaikan. Aku pernah berada di situasi ini. Segala puji bagi Allah yang mengurniakan rasa cinta ini kepada kita. Allahul musta’aan. Cuma sayangnya kita tidak pernah belajar memberi dan menerima cinta kerana Allah.



Maksud kau acik ?

Acik : Cinta itu sebuah perasaan yang sangat indah. Indahnya rasa cinta ni buat kita jadi macam orang gila, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Kita rindukan dia setiap hari, tidak boleh tak mendengar suaranya walau sekejap, kita tatap gambarnya di laman sosial, mahu berjumpa selalu, malah apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, akan kita suka. Yang kita selalu lupa, perasaan itu dari Allah.

AKU TAHU SEMUA ITU ACIK, AKU SEMEMANGNYA AKU CINTA DIA KERANA ALLAH..

Acik : Cinta kerana Allah tidak menyakitkan begini. Cinta memang dari Allah, tetapi jika cinta itu tidak dijaga dan dipelihara demi Allah yang Maha Suci dan Maha Kasih, akan hilang manisnya. Cinta kerana Allah akan meletakkan Allah di tempat pertama. Akan meletakkan Allah sebagai pembimbing, sebagai jalan. Di mana cinta Allah ketika kita sasaukan kekasih kita? Di mana cinta Allah ketika kita mabukkan dia?” Di mana cintanya ketika kita bertelefon 24 jam dengannya?

Bila kita kata kita sayang dan rindukan seseorang kerana Allah, apakah cara kita menunjukkan sayang dan rindu itu juga kerana Allah? Dalam cinta, bukan lafaznya yang utama, tetapi perbuatan membuktikan juga perlu sama dengan apa yang dikata. Sama dalam hal cinta kerana Allah ini. Mengatakan cinta itu kerana Allah tidak memadai jika jalan yang kita ambil bukan jalan Allah.

Inilah ujian!!



Sahabat : Habis apa yang perlu aku buat? Dia baik acik dengan aku!!

Acik : Muhasabah diri, tetapi boleh jadi bukan dia yang terbaik untuk kau. Dia baik, tetapi Allah mahu beri yang lebih baik daripada dia. Siapa tahu? Allah lebih tahu. Yang baik adalah yang mencintai kerana Allah. Dan cintanya itu membawa kita semakin kenal dengan Allah, semakin dekat dengan Allah. Cintanya dibawa melalui jalan yang Allah redha. Rindunya diraikan dengan apa yang Allah suka, menghindar apa yang Allah larang. Lelaki yang baik adalah yang mahu memimpin kita ke syurga.

Macam mana keadaan aku ?

Acik : Mohonlah dari Allah. Kalau benar dia yang terbaik untuk kau, maka mintalah dipermudahkan. Kalau bukan, redhalah. Sentiasalah bersedia menghadapi apa saja ketentuan Allah. Jangan terlalu cinta, jangan juga terlalu benci, usahakanlah jalan tengah supaya kita tak kecewa.

Boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia baik bagi kamu. Boleh jadi kamu sukakan sesuatu padahal a buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Share This!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen