Pertarungan Seorang Yang Bergelar Isteri: Apabila Isteri Sering Ditinggalkan.

Pengalaman berjauhan dengan suami adalah suatu yang pahit buat permulaannya bagi para isteri yang suaminya keluar kerana tugas "Out Station". Jika keadaan ini dihadapi maka sibukkanlah diri dengan kerja kerja yang berfaedah sepeninggalan suami.Sentiasalah menjaga maruah diri,menjaga aurat,harta suami dan nama baik suami .Ingatlah bagaimana Siti Hajar, ketika ditinggalkan suaminya Nabi Ibrahim a.s. sendirian di padang pasir yang tandus. Hatinya tetap tabah dalam menghadapi semua masalah dan banyak bergantung harap kepada Allah. Kecekalan hatinya itu dapat dilihat daripada kata katanya yang begitu yakindengan ketentuan Allah SWT.



Katanya:

"Kalau ini memang perintah Allah,aku redha menerimanya dan aku yakin Allah tidak akan mensia siakan diriku".

Begitulah sikap isteri yang solehah apabila ditinggalkan suami, diri dan rumahtangga terurus rapi. Sambutlah kepulangan suami dengan persediaaan yang istimewa untuk menggembirakan suami. Jika nafsu mendesak agar menghamburkan kemarahan kepada suami, kenangkanlah kebaikan kebaikan suami pada kita. Kalaupun kita bermasam muka ketika kepulangannya, kita tidak akan untung apa-apa malah kita akan HILANG BAHAGIA. Sebaliknya Allah menjanjikan kita dengan AzabNya yang maha pedih, Wal'iyazubillah.. Maka jika ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada suami, sampaikan dengan penuh hikmah setelah suami segar dari keletihannya.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen